Tuesday 15 November 2011

Tips Solekan Cantiknya Wanita Dimata Lelaki


Dari Mata Turun Ke Hati

Cinta yang lahir dari mata turun ke hati, begitu jugalah dengan pandangan hampir setengah lelaki yang mengakui penampilan seseorang wanita yang paling utama adalah matanya. Kemudian barulah pada bahagian bibir. Lelaki kebanyakannya menyukai mata berbingkai hitam. Pilihan pembayang mata dan juga penggaris mata jenis gelap akan membuatkan mata terlihat lebih besar. Sekaligus ia ditujukan kepada pandangan mata lelaki.

Satu fakta menarik adalah wanita secara keseluruhannya menggunakan kedua bahagia otak untuk melihat kecantikan. Sedangkan lelaki hanya menggunakan otak sebelah kanan.

Inilah yang menyebabkan wanita memberi tumpuan lebih walaupun pada benda-benda yang remeh atau kecil termasuklah sedikit lorekan yang tersasar di wajah. Manakala lelaki berbeza kerana mereka memandang kesan yang dihasilkan secara keseluruhan. Justeru, untuk kaum wanita sekalian, anda tidak perlu rasa tertekan seandainya, solekan anda ada yang ‘terkurang’ atau kerana ‘kecacatan’ kecil tersebut jarang disedari oleh lelaki.


Pipi Merah Jambu

Aliran darah ke wajah membuatkan anda kelihatan menarik pada pandangan lelaki. Kerana itulah, sejak dulu lagi, wanita yang memiliki pipi merah jambu dikatakan sihat dan tidak sakit.Bagi mendapatkan kesan pipi yang segar, rajin-rajinlah turun padang untuk berolahraga yer.

Selain itu, anda juga boleh menambah sedikit krim pemerah pipi yang akan bergabung dengan warna kulit. Pasti ia sedikit sebanyak menaikkan warna pipi anda sekaligus membuatkan penampilan anda cukup segar dan ceria.


Warna Gincu Lembut


Wanita sememangnya amat suka bereksperimen dengan warna lipstik. Mereka berasa bosan jika asyik menggunakan warna asas yang sama setiap masa. Pun begitu, berbeza dengan lelaki yang tidak gemar sekiranya wanita menggunakan warna-warna lipstik yang terlalu menonjol atau terlalu mengilap.

Justeru, sebagai panduan, apa kata anda cuba lipstik berona lembut. Satu sapuan sahaja mungkin akan menonjolkan warna semula jadi bibir sekaligus menampilkan bibir yang seksi di mata lelaki wowwwww!


GOOD LUCK !!!

1 comment:

  1. lelaki hanya menggunakan otak sebelah kanan untuk melihat kecantikan.....hehe...betul ker ni??
    tapi lelaki kdg2 mmg cmtu..asalkan sedap dipandang di mata dia dn x terlalu berat makeup...
    pandai awak makeup...i think it works..hehe..

    ReplyDelete