Monday 14 November 2011

Petua kecantikan



okeyh! aku nk share petua2 nenek moyang kite nieyh. kdg2 jeles tgk gugurl cantik2 so pe slhnyer jd cntik cm dorg wlupon dorg lg cntik kn..huhuuu~ btw tujuan bg tips2 nie "sharing is caring" rite?? hehe  aku nk bgtau...aku pon xdelah rajin sgt bt bende2 nie sbb kdg2 busy n malas gak..slalu pakai produk sedia ade je.tp dikala aku kebosann sorang2 haa ni la keje aku search petua2 nie then g dapur crik smua bende2 alah ni pastu duduk depan cermin ! hahahha~ best tau try2 petua lame2 nie sbb selamat n berkesan walaupn amik masa...=)


kata-kata seorang nenda :
 " saat kita berhenti dari melihat kekurangan rupa paras kita dan saat kita berhenti dari mahu kelihatan seperti wanita cantik idaman kita, maka pada masa itulah kita tahu yang kita juga boleh kelihatan lebih cantik, Berhentilah dari berbandingkan diri kita dengan orang lain"

Petua Mencerahkan Kulit Muka:
1) Ambil sebatang timun,diparut isi dalamnya dan campur 1/2 biji limau nipis bersama bedak sejuk.Dipakai dimuka setiap malam. Pakai sebagai masker hingga kering dan kemudian cuci hingga kering dengan air bersih. Insyaallah Muka akan kelihatan putih dan jerawat pun hilang.


2) Gunakan lendir daun lidah buaya. Lumurkan ke muka  2kali sehari.Setelah kering bersihkan dengan air.


3) Parutan lobak, kuning telur dan sedikit air limau nipis. campurkan kesemua bahan diatas dna gaul hingga sebati.sapukan pada muka dan biarkan kering. kemudian cuci dengan air tanpa menggunakan pencuci muka.


4) Campuran susu tepung bersama air lemon. pakai sebagai masker 15min setiap pagi selepas bangun dari tidur.kemudian cuci dengan air bersih.

Petua Kulit Muka Berminyak:
1) Parut epal hingga halus dan sapukan pada muka. Biarkan selama 15 minit selepas itu cucilah dengan air suam. Lakukan tiga kali seminggu.


2) Campurkan sedikit madu lebah dengan air perahan asam gelugur, jika tiada, bolehlah digantikan dengan air limau purut. Sapukan campuran bahan tersebut ke seluruh muka dan biarkan kering. Kemudian bilaslah dengan menggunakan air bersih.


3) Rendam sehelai tuala kecil ke dalam air suam kemudian perah dan tekapkan ke muka. Setelah itu laplah bersih-bersih. Lakukan setiap malam sebelum tidur.

4) Rendam beras anggaran 1/2 cawan.campurkan daun cermai dan ibu kunyit,kesumua bahan hendaklah dikisar bersama.berishkan muka terlebih dahulu.kemudiam lumur bahan td setiap kali sebelum tidur.

5) Masukkan putih telur kedalam sebuah gelas campur perahan lemon dan gaul hingga sebati. sapukan pada keseluruhan muke dan biarkan 20min.kemudian cuci muka dengan air bersih.

Petua Melicinkan Kulit Muka
1) Ambil serbuk kayu manis campur bersama bedak sejuk.kemudian ratakan pada wajah setiap malam sebelum tidur

2) ambil tomato dan hancurkan.sapukan pada kulit setiap malam dan biarkan selama 20min.kemudian bilas dengan air suam.

3) Campurkan sedikit tepung pulut dengan sedikit air. Sapukan pada muka sebelum tidur. Keesokkannya cuci muka dengan air suam. Amalkan seminggu sekali.
4) Sapukan yogurt asli pada muka seperti memakai masker. Biarkan kering selama 18 minit. kemudian baru dicuci dengan air bersih. Amalkan 4 kali seminggu untuk mendapatkan kesannya.

5) Campurkan bedak sejuk, asam jawa, serbuk kunyit serta sedikit air. Sapu dan gosok perlahan-lahan pada muka selama beberapa minit sebelum mandi. Kemudian cuci dengan air suam. Lakukan setiap hari.

Petua Bibir Merah Semulajadi
1) sapukan sedikit mentega atau majerin setiap malam sebelum tidur. Hasilnya berkesan.

2) ambil madu kemudian sapu rata pada bibir setiap malam. Hasilnyer berkesan

3) tumbuk seketul halia hingga hancur.ratakan ke bibir tiap malam.

4) ambil uncang teh dan tekap pada bibir tiap malam.

Petua Rambut Lebat dan Hitam Bermaya
1) Ambil segenggam daun bunga raya dan beberapa helai daun lidah buaya. Basuh bersih dan kisarkan kedua-dua hingga lumat. Perapkan bahan ini di atas kepala selama satu jam. Lakukan 2 kali seminggu. InsyaAllah rambut akan kekal kuat dan hitam semulajadi.

2) ambiL daun bunga raya ramas2 dlm air,biar semalaman. lendir tu sapu n usap2kan rambut,selain melebatkan rambut,i juga utk menghitamkan rambut dan menghilangkan sakit kepala dan menurunkan panas badan.

3) Basahkan rambut dan lumurkan pati santan ke kesluruhan kepala sehingga ke akar rambut. Bungkus kepala dengan tuala bersih dan kering selama setengah jam. Kemudian bilas keseluruhan kepala anda dengan air suam.Amalkan petua ini 2-3 kali seminggu.Untuk mendapatkan pati santan, ambil kelapa parut dari sebiji kelapa tua. Masukkan sedikit air suam pada kelapa parut tadi dan ramas-ramaskan. Perah pati santan dari kelapa parut tersebut dan buang hampasnya.

4) Rendam tiga sudu serbuk teh semalaman bersama secawan air mendidih.Setelah sejuk embunkan selama satu malam.Setelah itu,sapukan pada kulit kepala dan biarkan selama satu jam.Kemudian baru dicuci.Lakukan sebanyak tiga kali seminggu.


5) 2 sudu besar minyak zaitun,2 sudu besar minyak bijan,2biji telur.2 sudu besar santan asli.2 sudu besar minyak kelapa.Kisar semua ramuan.Ketika mandi selepas membersihkan rambut dgn syampu, sapu rata ramuan tadi dan urutkan keseluruh kulit kepala.Biarkan selama 5 minit sebelum membilas.kemudian bersihkan dengan air suam.


SELAMAT MENCUBA !!! ;D

No comments:

Post a Comment