Sunday 27 November 2011

Rahsia Photo aku Indah Kabar Dari Rupa







"awin makin cantik la sekarang.."
"awin dah lain la sekarang.."
"awin dah kurus la sekarang.."
selalu org comment cnie kt pic FB.haa ni la rahsia dia~Hahaha! see...nampak kan gile beza..Just right click je semua bende nie dgn Photoshop huhu~Tak pernah perasan cantik pon..Just nak photo tu bg nampak cantik.yela kite bukan pkai camera DSLR.so mane color pudar2 or pucat tu aku bg canti,mane yg ade cacat cela kt muka tu aku bg smooth,mane yg agak  gelap tu aku bg putih gebu,then mane yg tembam2 tu aku bg slim ckit hahaha~Tapi aku edit2 pic nie untuk kepuasan diri sendiri je tau.bukan tipu2 org konun beauty like angle ek.kite sedar la kite manusia xsempurna huk3~ btw just tau basic je utk edit2 pic nie.gambar itu fake hahaha! smua blajar dr MR.youtube hehee~ nie la keje aku masa kt college.Sorry eyh yg dah terpedaya tu..

Raja Muda Selangor

Motif: sajeje buat entry ni haha mau bagitau rakyat jelata sekalian
 haa ni la Raja Muda Selangor bakal pegang tahta Sultan Selangor 
Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah
Dia lahir 12 Disember 1990.maknenya nnow dia 21thn la. huhu mmg muda~
graduated dari Wellington College, UK pd 2009


Dia mg ada darah kacukan sbb tu muka ala2 owang puteh
kacak kan? haha 1st time aku tengok die nie time nenda dia mangkat, Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
Then Ayahanda dia ditabalkan untuk jadi Sultan Selangor.
masa tu umo dia 10tahun. comel je masa tu hehe.
Dia nie sebaya dengan aku dats y la suka dok usha kn.hahahha
tapi impian kawen dgn anak raja memang xlah kan.mimpi je mampu.
1day kira dia Sultan paling hot la kan.








Menulis Impian atas Kertas

Semua orang ada impian kan.xkira la setinggi langit impian tu.Ada ramai orang anggap impian tu cuma mimpi.salah!sapa kate kita xmampu capai impian kita? anggap la impian tu satu motivasi bg kita.salah satu cara tulis impian atas kertas then tampal kat satu sudut yang boleh selalu kita tengok setiap hari.ataupon sediakan sebuah buku khas/diari untuk catatkan semua matlamat.jangan malu & yakinlah impian tu pasti jadi kenyataan.dengan menulis atas kertas & membacanya selalu menyebabkan otak kita diprogram dan akan berusaha untuk mencapai impian-impian tersebut.Paling penting setiap perkataan yang kita tuliskan tu juga adalah satu doa.

menurut seorang pakar motivasi :
" dengan menulis impian anda di atas sekeping kertas, anda sebenarnya mengejutkan 12 billion sel-sel otak, iaitu bilangan sel yang terbanyak berada dalam ruangan sekecil otak kita ini. Dengan melihat gambaran atau tulisan yang anda tulis itu, anda telah merangsang saraf optic yang ukurannya 17 kali lebih besar daripada saraf-saraf yang lain. Saraf itu juga akan menyebabkan saraf-saraf yang lain menuju ke otak anda"
haa nie la buku aku heheee~ 
aku dah tulis smua impian.korang lak bila lagi?
apa impian aku? hehehe RAHSIA

Saturday 26 November 2011

LOVE

How I define Love...

Someone I can call my bestfriend













Comforts me when I'm upset













Holds my hand and makes sure everything will be alright













Surprises me with flowers during ordinary days









Surprises me with kisses

FAKE !!

The Magic of Make-up





Transformation UGLY ~ BEAUTY  hahahaha!
Korang pon boleh try hehee~
+ Contact lenses (14mm or 16mm)
+ False Eyelashes
+wig
+shaping/trimming eyebrow
+ set of makeup
(foundation,eyeshadow,black eyeliner,blusher,eyebrow pencil,lipstick)

Cara Lupakan Ex-BF

smua orang ade story putus cinta kn?? smua org pernah rasa kan termasukla aku hehehe.bila dah putus mesti susah nak lupakan ex kan?agi2 "1st love or yg couple bertahun2" takkan putus hari ni besok dah lupa kan..impossible! melainkan hilang ingatan haha! tapi aku 1st love ke 2nd love ke third love ke smua same je..lupakan smua tu~so mengikut pengalamn aku yg nth bape kali putus cinta,ni tips untuk korang utk ex bf dah putus ajak jadi member.  tapi aku ni chill je. hari ni aku nangis, aku rindu tpi esok akan ketawa berdekah-dekah & lupa. haha!
Tips aku lupakan exbf :

1- anggap die macam membe2 yang lain.cara layanan,bahasa percakapan same dengan membe2 lain.xpayah dah cover2 sopan amik hati dia bagai dengan harapan die suka kat kita balik.eeeuuww xperlu kot mengharap! ala2 sempoi n co0l je layan dia,even ade feeling sekalipon tolak tepi cover feeling tu smua.

2- kalau ex korang tu still ada dalam friendlist facebook korang, jangan sesekali usha facebook dia. sumpah aku cakap. kalau korang usha, tambah pulak ada girl dok komen, in relationship dengan orang lain, or apa-apa lagi lah yang berkenaan dengan perempuan lain mesti hati korang akan merana. serius! aku dah pernah mengalami nya. pehh jelesss oke tgk~ oleh itu, sila jangan usha. nak komen status komen jela tapi biarlah status tu muncul kat feed korang. tak payah gatai tangan pergi bukak facebook dia. takde maknanya.tapi besenya aku xkan gatal tangan comment2 nie or aku xkan start tegur dia.huhu~

3- utk gambar kenangan bersama, sila la delete. tak rugi pun. ms aku putus tu memang dah nekad nak lupa terus aku delete smua kt FB and laptop aku ni.kalau simpan, memang la teringt kenangan lama kn. hehe! tak payah letak harapan lagi. biarlah dia pergi. kalau ada jodoh, bertemu lagi. haaa, tapi aku selalu harap xkan ade jodoh lagi ngan smua exbf aku hahaha!

4- Delete no phone exbf hihi ni salah satu cara aku time baru2 putus cinta.walaupon memang dah hafal no ex kan masa tu.sebab selalunya kalau ada no phone dlm hp mesti gatal tangan nak sent sms or call.so ni cara die nk elakkan diri berharap or contact.mcm skrg nie satu no ex aku pon aku xingt hahaha! xde faedah pon.kalau exbf hantar text or call selalunye aku mls nk layan.paling2 pon 5min je bertahan bls2 text.pastu aku bt xtau hihi coz xde point nk borak

5-  jangan asik cakap korg rindu & masih sygkan dia. Dia xpeduli pon! apa yang dia peduli berapa banyak yang dia rindu/sayang pada korg..bukan perasaan korang pada dia.kalau exbf korg ckp rindu kt korang, korg gelak je bt2 xtau.dia rindu kejap je tu lepastu dia rindu org lain.so jadikan diri korg seorg yang ego & seorang yang mahal oke!

6- Jangan menagis dihadapan ur exbf! perempuan selalunya akan menangis untuk tagih simpati supaya xditinggalkan kan or supaya dia kembali dlm hidop korg balik.oke mungkin dia akan pujuk & belai korang.tapi tu sementara je.lepastu  korang akan tetap kena tiggal & pilih orang lain..menangis terlalu banyak depan dia ke atau dalam telefon ke..itu smua cume akan tunjukkan yang die berkuasa atas diri kita.so jangan buat! tunjukkn yang kita happy tanpa dia.
..............................................................................................................................................
tak semestinya kita putus dengan seseorang tu kita akan benci dia seumur hidup, tak semestinya ada perasaan dendam or sampai xboleh nk tgk muka dia. biasalah, manusia kan. semua akan melakukan kesilapan.tapi jangan lupa jgk kita sebagai manusia pon kadang2 bukan sepenuhnya boleh lupakan apa yang orang dah buat pada kita & tinggalkn kita.
apepon aku 100% memang dah xde hati kt mane2 exbf aku,memang dah tahap hati kering dah ni hehehe then hope jodoh aku bukan dengan exbf..=D past is past

Friday 25 November 2011

CEMBURU itu 1 Cabaran

setiap orang ade perasaan CEMBURU..termasuk la diri aku sendiri seorang yang kuat cemburu.Selalu cemburu dengan orang2 sekeliling termasuk la adek aku  kawan2 aku,cemburu tgk gugurl cantik ,cemburu tgk girl yang dah berjaya  then cemburu dengan exbf or someone aku suka tapi selalu suka simpan dalam hati je lepastu cakap dalam hati "untung laa~~" hehee..
Cemburu bukan hanya dalam soal cinta tapi ada banyak lagi jenis cemburu ni...cemburu dengan kecantikan orang lain, cemburu dengan kejayaan orang lain, cemburu dengan kebahagiaan orang lain, cemburu orang lain lebih hebat dan beruntung dari diri kita..

TAPI...
cemburu bukan bermakna sesuatu sikap yang negatif tapi letak lah sebagai satu positif untuk diri kita.jadikanlah sikap cemburu tu satu cabaran untuk diri kita sendiri maju kedepan.Dalam dunia ni setiap orang ada kelebihan & kekurangan masing2.tak perlu la kite susah hati n kecew atas apa yang orang lain ade tapi kita xada sebab tak bermakna kita xboleh jadi sehebat orang lain.jadikan sikap cemburu tu sebagai satu perspektif untuk capai apa yang kita mahukan sama macam orang lain.kalau orang lain mampu buat kenape kita tak boleh sebab kita smua manusia sama.cuma usaha tu penting. kita pon boleh cantik,kita pon boleh berjaya n kita pon boleh bahagia sumua bergantung pada diri kita macam mane kite nk hargai n usaha kearah tu n how kite create life kita ni.apepon bersyukur atas apa yang ada skrg nie. jangan persoal kn atau pertikaikan tuah/nasib diri kita n orang lain,ingatlah hidop nie bukan 100% bergantung nasib, tapi 50% adalah usaha kita untuk capai sesuatu. jadi kita smua  masih mampu jadi seorang yang hebat atau mungkin lebih dari itu InsyaAllah...

Selamanya...Harimau Malaya!!!

Congratulation Skuad Harimau Muda !! 
wira wira Malaysia

memang terbaik gile dorang smua main time kt Stadium Gelora Bung Karno.
ha itu la 1st time aku tgk bola dgn penuh rela duduk depan tv & excited sesangat.
xtau la kenape coz sebelum nie aku mmg seyess xsk tgk game football nie or apa2 jenis sukan sekalipon.
kalau ade berita sukan ke or apa2 game xkisah dari negara mane or pemain tu hensem giler sekalipon memang xpernah nak amik tahu.hehehehe~
tapi xtau la time diorang main kt jakarta untuk sukan sea baru2 nie,excited tgk!
Ni lah satu2nyer team sport aku minat selama 21tahun hidop hahaha~
memang kita patut puji corak n semangat dorang main habis habisan.dorang memang talent n Professional.
kita patut bangga la kan ade pemain2 macam tu untuk negara kita.
dorang dah buktikan MALAYSIA BOLEH! walaupon ms kat sana dorang mungkin tertekan dengan cemuhan maki dari negara sana.tapi see.............kita menang yeay!!

Antara pemain aku minat Khairul Fahmi Che Mat.bg aku die mmg goal keeper terbek coz dia bagus.
masa game nie pon time sepakan panalti dia la harapan Malaysia.apepon die mmg macho dlm game hahaha

Then sorang lagi yang aku admire Baddrol.capten kite ! heheh~
dlm team nmpk la die nie mcm senior.die pon bagus n selalu selamatkan keadaan especially time sepakan kotak panalti last sekali.fuh! walaupon bola tu penuh dramatik kn tp mmg xdapat dinafikan la die memang pemain yg bagus.

Last sekali Nazmi Faiz Mansor pemain paling muda.haa si comel nie memang aku suka tgk cara dia main.lagipon pengulas sukan xhabis2 puji cara pemainan die.ada bakat & dia pemain harapan Malaysia for future nanti lagi2 baru umo 17 tapi dah tunjukkan potensi yang bagus.

Tak lupa teraju utama dorang  selaku Coach Skuad Harimau Muda Ong Kim Swee !
orang yang penting didik n bg support untuk dorang smua. walaupon masa tu sampai dibagi arahan oleh pengadil untuk keluar dari padang terpaksa duduk sebaris dengan penonton lain.

haa sejak dorang main kt Indonesia tu,sejak tu memang seminit pon aku xberganjak duduk depan tv.sampai dah habis game pon aku still nak amik tahu pasal dorang nie.then sanggup tu tunggu penyampaian hadiah & ulasan sukan.terase mcm nak turun padang sekali je time tu haha.
lepastu sampai xtido malam dibuatnya hahha,dah mcm aku pulak yang jaringkan gol kn.
baru aku tahu cmne rasanya lelaki nie fanatik sangat tgk bola.
paling penting bangga coz dorang dah berjaya menang pingat emas yeayy~! menang 1pingat emas mcm 50pingat emas kan.
tu laa penangan bola sepak memang power kn.mmg so Tahniah sekali lagi.!ofcoz terus support dorang nie!

 Good Luck untuk Skuad Harimau Malaya!! 
terutamanya untuk perlawanan terdekat nie  Mas vs Bahrin xsilap ahad nie untuk kelayakan sukan Olimpik 2012 bawah 23.
hope dorang dah cukup rehat and boleh all out time kt padang buat yang terbaik lebih baik dari game lawan Indonesia haritu.
walaupon tewas dengan syria haritu,kite sendiri tengok dorang main xsebagus ms di stadium Bung Karno.
mayb sebab letih xcukup rehat coz dapat rehat 1hari je kn.
tapi sedih gak sebab baddrol xtersenari sebab die senior xdapat join huk3~
walaucmnepin Kita tetap support dorang smua! yeayhh! hehehe~



Tuesday 15 November 2011

Tips Solekan Cantiknya Wanita Dimata Lelaki


Dari Mata Turun Ke Hati

Cinta yang lahir dari mata turun ke hati, begitu jugalah dengan pandangan hampir setengah lelaki yang mengakui penampilan seseorang wanita yang paling utama adalah matanya. Kemudian barulah pada bahagian bibir. Lelaki kebanyakannya menyukai mata berbingkai hitam. Pilihan pembayang mata dan juga penggaris mata jenis gelap akan membuatkan mata terlihat lebih besar. Sekaligus ia ditujukan kepada pandangan mata lelaki.

Satu fakta menarik adalah wanita secara keseluruhannya menggunakan kedua bahagia otak untuk melihat kecantikan. Sedangkan lelaki hanya menggunakan otak sebelah kanan.

Inilah yang menyebabkan wanita memberi tumpuan lebih walaupun pada benda-benda yang remeh atau kecil termasuklah sedikit lorekan yang tersasar di wajah. Manakala lelaki berbeza kerana mereka memandang kesan yang dihasilkan secara keseluruhan. Justeru, untuk kaum wanita sekalian, anda tidak perlu rasa tertekan seandainya, solekan anda ada yang ‘terkurang’ atau kerana ‘kecacatan’ kecil tersebut jarang disedari oleh lelaki.


Pipi Merah Jambu

Aliran darah ke wajah membuatkan anda kelihatan menarik pada pandangan lelaki. Kerana itulah, sejak dulu lagi, wanita yang memiliki pipi merah jambu dikatakan sihat dan tidak sakit.Bagi mendapatkan kesan pipi yang segar, rajin-rajinlah turun padang untuk berolahraga yer.

Selain itu, anda juga boleh menambah sedikit krim pemerah pipi yang akan bergabung dengan warna kulit. Pasti ia sedikit sebanyak menaikkan warna pipi anda sekaligus membuatkan penampilan anda cukup segar dan ceria.


Warna Gincu Lembut


Wanita sememangnya amat suka bereksperimen dengan warna lipstik. Mereka berasa bosan jika asyik menggunakan warna asas yang sama setiap masa. Pun begitu, berbeza dengan lelaki yang tidak gemar sekiranya wanita menggunakan warna-warna lipstik yang terlalu menonjol atau terlalu mengilap.

Justeru, sebagai panduan, apa kata anda cuba lipstik berona lembut. Satu sapuan sahaja mungkin akan menonjolkan warna semula jadi bibir sekaligus menampilkan bibir yang seksi di mata lelaki wowwwww!


GOOD LUCK !!!

Saya Suka Awak

Saya jeles tgk awak. saya jeles tgk awk dgn dia. rapatnya awk dgn dia, happy nye awk dgn dia. sy jeles bila awk  kerap keluar dgn dia, tapi xapelah sekurang-kurangnya saya tahu ape awak buat. apa boleh buat saya pun cuma mampu simpan dalam hati je. tapi bukan salah awak pon. sebab saya xpernah bagitau saya suka awk n rindu awak. mcm mana saya nak bgtau sebab awak dah jauh dari saya. awak pon mesti xtau yg saya suka awk kn sbb sy ego. saya takut nak call or sms awak or tegur awk. awak pon dah lame xborak dgn saya. tapi xmgkin saya bgtau awk perasaan saya sbb awk kan kawan sy. mgkin sy bukan dalam pilihan awk. sy xnak kecewa. nth bila dpt jmpa awk lagi. tp xapelah janji awk happy. saya ok je =) kita kan kawan...

Monday 14 November 2011

Petua kecantikan



okeyh! aku nk share petua2 nenek moyang kite nieyh. kdg2 jeles tgk gugurl cantik2 so pe slhnyer jd cntik cm dorg wlupon dorg lg cntik kn..huhuuu~ btw tujuan bg tips2 nie "sharing is caring" rite?? hehe  aku nk bgtau...aku pon xdelah rajin sgt bt bende2 nie sbb kdg2 busy n malas gak..slalu pakai produk sedia ade je.tp dikala aku kebosann sorang2 haa ni la keje aku search petua2 nie then g dapur crik smua bende2 alah ni pastu duduk depan cermin ! hahahha~ best tau try2 petua lame2 nie sbb selamat n berkesan walaupn amik masa...=)


kata-kata seorang nenda :
 " saat kita berhenti dari melihat kekurangan rupa paras kita dan saat kita berhenti dari mahu kelihatan seperti wanita cantik idaman kita, maka pada masa itulah kita tahu yang kita juga boleh kelihatan lebih cantik, Berhentilah dari berbandingkan diri kita dengan orang lain"

Petua Mencerahkan Kulit Muka:
1) Ambil sebatang timun,diparut isi dalamnya dan campur 1/2 biji limau nipis bersama bedak sejuk.Dipakai dimuka setiap malam. Pakai sebagai masker hingga kering dan kemudian cuci hingga kering dengan air bersih. Insyaallah Muka akan kelihatan putih dan jerawat pun hilang.


2) Gunakan lendir daun lidah buaya. Lumurkan ke muka  2kali sehari.Setelah kering bersihkan dengan air.


3) Parutan lobak, kuning telur dan sedikit air limau nipis. campurkan kesemua bahan diatas dna gaul hingga sebati.sapukan pada muka dan biarkan kering. kemudian cuci dengan air tanpa menggunakan pencuci muka.


4) Campuran susu tepung bersama air lemon. pakai sebagai masker 15min setiap pagi selepas bangun dari tidur.kemudian cuci dengan air bersih.

Petua Kulit Muka Berminyak:
1) Parut epal hingga halus dan sapukan pada muka. Biarkan selama 15 minit selepas itu cucilah dengan air suam. Lakukan tiga kali seminggu.


2) Campurkan sedikit madu lebah dengan air perahan asam gelugur, jika tiada, bolehlah digantikan dengan air limau purut. Sapukan campuran bahan tersebut ke seluruh muka dan biarkan kering. Kemudian bilaslah dengan menggunakan air bersih.


3) Rendam sehelai tuala kecil ke dalam air suam kemudian perah dan tekapkan ke muka. Setelah itu laplah bersih-bersih. Lakukan setiap malam sebelum tidur.

4) Rendam beras anggaran 1/2 cawan.campurkan daun cermai dan ibu kunyit,kesumua bahan hendaklah dikisar bersama.berishkan muka terlebih dahulu.kemudiam lumur bahan td setiap kali sebelum tidur.

5) Masukkan putih telur kedalam sebuah gelas campur perahan lemon dan gaul hingga sebati. sapukan pada keseluruhan muke dan biarkan 20min.kemudian cuci muka dengan air bersih.

Petua Melicinkan Kulit Muka
1) Ambil serbuk kayu manis campur bersama bedak sejuk.kemudian ratakan pada wajah setiap malam sebelum tidur

2) ambil tomato dan hancurkan.sapukan pada kulit setiap malam dan biarkan selama 20min.kemudian bilas dengan air suam.

3) Campurkan sedikit tepung pulut dengan sedikit air. Sapukan pada muka sebelum tidur. Keesokkannya cuci muka dengan air suam. Amalkan seminggu sekali.
4) Sapukan yogurt asli pada muka seperti memakai masker. Biarkan kering selama 18 minit. kemudian baru dicuci dengan air bersih. Amalkan 4 kali seminggu untuk mendapatkan kesannya.

5) Campurkan bedak sejuk, asam jawa, serbuk kunyit serta sedikit air. Sapu dan gosok perlahan-lahan pada muka selama beberapa minit sebelum mandi. Kemudian cuci dengan air suam. Lakukan setiap hari.

Petua Bibir Merah Semulajadi
1) sapukan sedikit mentega atau majerin setiap malam sebelum tidur. Hasilnya berkesan.

2) ambil madu kemudian sapu rata pada bibir setiap malam. Hasilnyer berkesan

3) tumbuk seketul halia hingga hancur.ratakan ke bibir tiap malam.

4) ambil uncang teh dan tekap pada bibir tiap malam.

Petua Rambut Lebat dan Hitam Bermaya
1) Ambil segenggam daun bunga raya dan beberapa helai daun lidah buaya. Basuh bersih dan kisarkan kedua-dua hingga lumat. Perapkan bahan ini di atas kepala selama satu jam. Lakukan 2 kali seminggu. InsyaAllah rambut akan kekal kuat dan hitam semulajadi.

2) ambiL daun bunga raya ramas2 dlm air,biar semalaman. lendir tu sapu n usap2kan rambut,selain melebatkan rambut,i juga utk menghitamkan rambut dan menghilangkan sakit kepala dan menurunkan panas badan.

3) Basahkan rambut dan lumurkan pati santan ke kesluruhan kepala sehingga ke akar rambut. Bungkus kepala dengan tuala bersih dan kering selama setengah jam. Kemudian bilas keseluruhan kepala anda dengan air suam.Amalkan petua ini 2-3 kali seminggu.Untuk mendapatkan pati santan, ambil kelapa parut dari sebiji kelapa tua. Masukkan sedikit air suam pada kelapa parut tadi dan ramas-ramaskan. Perah pati santan dari kelapa parut tersebut dan buang hampasnya.

4) Rendam tiga sudu serbuk teh semalaman bersama secawan air mendidih.Setelah sejuk embunkan selama satu malam.Setelah itu,sapukan pada kulit kepala dan biarkan selama satu jam.Kemudian baru dicuci.Lakukan sebanyak tiga kali seminggu.


5) 2 sudu besar minyak zaitun,2 sudu besar minyak bijan,2biji telur.2 sudu besar santan asli.2 sudu besar minyak kelapa.Kisar semua ramuan.Ketika mandi selepas membersihkan rambut dgn syampu, sapu rata ramuan tadi dan urutkan keseluruh kulit kepala.Biarkan selama 5 minit sebelum membilas.kemudian bersihkan dengan air suam.


SELAMAT MENCUBA !!! ;D

Sunday 13 November 2011

I did three things today; miss you, miss you, and miss you




-admiring u-
I try to call u and talk to u. but I don't know what to say. 
I am afraid u don't want me to say anything. So I don't. 
But inside of me there are words waiting to come out.
I miss u but its time to face the truth i may be will never be with u




Rahsia Bulan Kelahiran Mengikut Kajian 25 Tahun Dr Fadhilah Kamsah

99% ada pd diri saye =)  anda pula?? heheee~ 
ape yg positif kekalkan..yg negatif jadikan positif.
semua nie just utk motivate diri kite utk jd lbh bk n terbek.diri anda yg tentukan sape anda n perjalanan hdop anda nnt. Hope enjoy! ;D


JANUARI
  • Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
  • Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
  • Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
  • Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
  • Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
  • Pandai mengambil hati orang lain.
  • Pendiam kecuali telah dirangsang.
  • Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
  • Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
  • Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
  • Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
  • Cukup sayang pada kanak-kanak.
  • Suka duduk di rumah.
  • Setia pada segala-galanya.
  • Perlu belajar kemahiran bersosial.
  • Sifat cemburu yang sangat tinggi
FEBRUARI
  • Berfikiran abstrak.
  • Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
  • Bijak dan pintar
  • Berpewatakan yang mudah berubah.
  • Mudah menawan orang lain.
  • Agak pendiam.
  • Pemalu dan rendah diri.
  • Jujur dan setia pada segalanya.
  • Keras hati untuk mencapai matlamat.
  • Tidak suka dikongkong.
  • Mudah memberontak apabila dikongkong.
  • Suka kegiatan yang lasak.
  • Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
  • Mudah mempamerkan marahnya.
  • Tidak suka benda yang remeh-temeh.
  • Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
  • Sangat berani dan suka memberontak.
  • Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
  • Pemerhatian yang tajam.
  • Suka hiburan dan sukan.
  • Suka benda yang bersifat seni.
  • Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
  • Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
  • Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
  • Belajar untuk mempamerkan emosi
MAC
  • Berpesonaliti menarik dan menawan.
  • Mudah didampingi.
  • Sangat pemalu dan pemendam rasa.
  • Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
  • Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
  • Suka pada kedamaian.
  • Sangat peka pada orang lain.
  • Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
  • Tidak cepat marah dan sangat amanah.
  • Tahu membalas dan mengenang budi.
  • Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
  • Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
  • Suka berangan-angan.
  • Suka melancong.
  • Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
  • Kelam kabut dalam memilih pasangan.
  • Suka dengan hiasan rumahtangga.
  • Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
  • Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
  • Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan
APRIL
  • Sangat aktif dan dinamik.
  • Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
  • Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
  • Punya daya mental yang sangat kuat.
  • Suka diberi perhatian.
  • Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
  • Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
  • Sangat berani dan tiada perasaan takut.
  • Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
  • Emosi cepat terusik.
  • Cuba kawal perasaan.
  • Kecenderungan bersifat pendendam.
  • Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
  • Kuat daya ingatan.
  • Gerak hati yang sangat kuat.
  • Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
  • Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
  • Sangat cemburu dan terlalu cemburu
MEI
  • Keras hati & tegas.
  • Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
  • Pemikiran yang tajam.
  • Mudah marah apabila tidak dikawal.
  • Pandai menarik hati & perhatian orang lain.
  • Perasaan yang amat mendalam.
  • Cantik dari segi mental & fizikal.
  • Tidak perlu dimotivasikan.
  • Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
  • Mudah dipujuk.
  • Bersikap sistematik (otak kiri).
  • Suka berangan.
  • Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
  • Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
  • Daya khayalan yang tinggi.
  • Permikiran yang tajam.
  • Pandai berdebat.
  • Fizikal yang baik.
  • Kelemahan sistem pernafasan.
  • Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
  • Tidak berapa suka duduk di rumah.
  • Tidak boleh duduk diam.
  • Tidak punya ramai anak.
  • Rajin dan bersemangat tinggi.
  • Agak boros
JUN
  • Berfikiran jauh & berwawasan.
  • Mudah ditawan kerana sikap baik.
  • Berperangai lemah lembut.
  • Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
  • Idea yang terlalu banyak di kepala.
  • Bersikap sensitif.
  • Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
  • Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
  • Bersikap suka menangguh-nangguh.
  • Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
  • Cepat marah & cepat sejuk.
  • Suka bercakap & berdebat.
  • Suka buat lawak & bergurau.
  • Otaknya cerdas berangan-angan.
  • Mudah berkawan & pandai berkawan.
  • Seorang yang sangat tertib.
  • Pandai mempamerkan sikap.
  • Mudah kecil hati.
  • Mudah kena selsema.
  • Suka berkemas.
  • Cepat rasa bosan.
  • Sikap terlalu memilih & cerewet.
  • Kurang mempamerkan perasaan.
  • Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
  • Suka pada barang yang berjenama.
  • Mudah menjadi eksekutif.
  • Kedegilan yang tidak terkawal.
  • Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.
JULAI
  • Sangat suka didamping.
  • Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
  • Agak pendiam kecuali dirangsang.
  • Ada harga dan maruah diri.
  • Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
  • Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
  • Sangat menjaga hati orang lain.
  • Sangat peramah.
  • Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
  • Berjiwa sentimental.
  • Jarang berdendam.
  • Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
  • Tidak suka benda remeh-temeh.
  • Membimbing cara fizikal dan mental.
  • Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
  • Layanan yang serupa terhadap semua orang.
  • Tinggi daya simpati.
  • Pemerhatian yang tajam.
  • Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
  • Mudah dan rajin belajar.
  • Suka muhasabah diri.
  • Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
  • Suka mendiamkan diri.
  • Suka duduk di rumah.
  • Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
  • Tidak agresif kecuali terpaksa.
  • Lemah dari segi kesihatan perut.
  • Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
  • Minta disayangi.
  • Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
  • Terlalu mengambil berat.
  • Rajin dalam membuat kerja
OGOS
  • Suka berlawak.
  • Mudah tertawan padanya.
  • Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
  • Berani dan tidak tahu takut.
  • Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
  • Pandai memujuk orang lain.
  • Terlalu pemurah & bersikap ego.
  • Nilai harga diri yang sangat tinggi.
  • Dahagakan pujian.
  • Semangat juang yang luar biasa.
  • Cepat marah & mudah mengamuk.
  • Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
  • Sangat cemburu.
  • Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
  • Cepat berfikir.
  • Fikiran yang berdikari.
  • Suka memimpin & dipimpin.
  • Sifat suka berangan.
  • Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
  • Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
  • Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
  • Belajar untuk bertenang.
  • Sikap kelam kabut.
  • Romantik, pengasih dan penyayang.
  • Suka mencari kawan
SEPTEMBER
  • Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
  • Sangat cermat, teliti & teratur.
  • Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
  • Pendiam tapi pandai bercakap.
  • Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
  • Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
  • Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
  • Sangat sensitif yang tidak diketahui.
  • Seorang yang banyak berfikir.
  • Daya pentaakulan yang baik.
  • Otak bijak & mudah belajar.
  • Suka mencari maklumat.
  • Kawal diri dari terlalu mengkritik.
  • Pandai mendorong diri sendiri.
  • Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
  • Suka sukan, hiburan & melancong.
  • Kurang menunjukkan perasaannya.
  • Terluka hatinya sangat lama disimpan.
  • Terlalu memilih pasangan.
  • Sukakan benda yang luas.
  • Bersistematik
OKTOBER
  • Suka berbual.
  • Suka orang yang sayang padanya.
  • Suka ambil jln tengah.
  • Sangat menawan & sopan santun.
  • Kecantikan luar & dalam.
  • Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
  • Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
  • Sentiasa berkawan.
  • Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
  • Cepat marah.
  • Macam pentingkan diri sendiri.
  • Tidak menolong orang kecuali diminta.
  • Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
  • Tidak suka terima pandangan orang lain.
  • Emosi yang mudah terusik.
  • Suka berangan & pandai bercakap.
  • Emosi yang kelam kabut.
  • Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
  • Suka melancong, bidang sastera & seni.
  • Pengasih, penyayang & lemah lembut.
  • Romantik dalam percintaan.
  • Mudah terusik hati & cemburu.
  • Ambil berat tentang orang lain.
  • Suka kegiatan luar.
  • Seorang yang adil.
  • Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
  • Mudah patah semangat
NOVEMBER
  • Banyak idea dalam perkara.
  • Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
  • Berfikiran kehadapan.
  • Berfikiran unik dan bijak.
  • Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
  • Pemikiran yang tajam.
  • Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
  • Sesuai jadi seorang doktor.
  • Cermat dan teliti.
  • Personaliti yang dinamik.
  • Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
  • Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
  • Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
  • Terlalu degil dan keras hati.
  • Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
  • Tak suka marah kecuali digugat.
  • Mudah ambil berat terhadap orang lain.
  • Pandai muhasabah diri.
  • Cara berfikir yang lain dari orang lain.
  • Otak yang sangat tajam.
  • Pandai mendorong diri sendiri.
  • Tidak hargai pujian.
  • Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
  • Cuba sampai berjaya.
  • Badan yang sasa.
  • Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
  • Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
  • Suka duduk d irumah.
  • Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
  • Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
  • Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
  • Bercita-cita tinggi.
  • Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah
DISEMBER
  • Sangat setia dan pemurah.
  • Bersifat patriotik.
  • Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
  • Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
  • Bercita-cita tinggi.
  • Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
  • Seronok bila didampingi.
  • Suka bercampur dengan orang.
  • Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
  • Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
  • Tidak pandai berpura-pura.
  • Cepat marah.
  • Perangai yang mudah berubah-ubah.
  • Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
  • Benci pada kongkongan.
  • Suka berlawak.
  • Pandai buat lawak dan berfikiran logik.