Saturday 27 October 2012

Graduation!

A Celebration...

A time for looking back on lessons  learned,
adventures share, bright moments filled
with special meaning

A farewell

A time for saying goodbye to old friends,
to good times you've known... a time for
packing away memories, treasures for tomorrow

A beginning

A time for looking forward, a time to set new goals,
to dream new dreams,  to try your wings and see
what lies beyond



CONVOCATION DAY at MARIOT HOTEL, 21ST OCTOBER 2012


CLASSMATE (3 1/2 YEARS)
MyBFF ;)
My Classmate 2008-2011...will miss u ol!
CERTIFICATE OF HND IN BUSINESS MANAGEMENT


MY CONVOCATION FLOWERS FROM MR RIGHT



"As You start your journey,
The first thing you should do,
is throw away that store,
Bought map and begin to draw your own"

Thursday 25 October 2012

Dari saya Untuk awak

Assalamualaikum

Untuk pengetahuan semua, kurang dari sepuluh tahun, aku bakal ke jinjang pelamin. Tapi aku tak tahu dengan siapa. Mungkin juga awak yang tengah baca ni hehehe. InsyaAllah, aku pasti tidak lebih dari umur 30, aku akan berumah tangga. Ewah! *nampak tak kegatalan nak kawen tu?* Ehh awak semua, kita bukannya gatal, cuma kita merancang untuk masa hadapan. Sunnah nabi tu mendirikan rumah tangga kan? Aaa pape lah, tak nak sokong pon xpe. Wuwu. *lap air mata dengan lengan baju* Apa motif aku type merapu ni? Hmm, jujur aku cakap, aku tulis ni kan, main hentam je. Serius aku tak tau nak update pasal apa. hihi. Sory lah bro. Takpe, sampai sini kalau taknak baca, cepat-cepat tekan close tu. Hihi ;D

Dear My future husband, many things I want you to do for me when we get married. *mengada pulak*. Awak mungkin fikir saya mengada-ngada kan siap nak list-list benda kene buat lah apa lah. Takpe nanti lepas kita kawen, saya nak baca balik entry ni. Mesti lawak kan? Oh comelnyaa! ;O hehehe *tak tahu pun siapa awak tu* Ni hanyalah benda yang bermain di kepala saya ketika saya fikir pasal masa dpan. Okay of course saya nak belajar sampai tinggi 16tingkat biar gayat, saya nak cari duet banyak2 sampai xcukup poket. Lepas tu saya nak kawen, dengan siapa lagi kalau bukan dengan awak. maybe jodoh saya itu awak. yup mungkin awak yang sedang berada dalam hati saya "mr right"..Saya nak kenal awak dengan lebih dekat lagi. Saya nak awak kenal saya betul-betul. Saya ni cerewet giler haha seriuss! padan muka awak siapa suruh jodoh awak dengan saya. Saya nak awak tengok and kenal perangai saya macam mana. Kalau awak jodoh saya, awak akan terima saya seadanya. Saya tau saya tak secantik Nora Danish, saya xsebaik ustazah pilihan, saya xsekuat macam Batista, dan saya xsempurna macam *insert name here* Heee
aiiyakk! gambar ustaz don (suami orang) *gambar hiasan* ehehehe~
Saya tak akan buat awak menyesal jumpa saya. Saya akan ada selalu dengan awak ketika awak sedih mahupun gembira. saya janji akn jaga awak 24 jam...*ewahhhh*

Awak, saya masih belum tahu adakah  awak atau orang lain jodoh saya. Saya selalu berdoa and berharap satu hari nanti Allah akan berikan jawapan..

Saya nak sangat tahu siapa jodoh saya but it is impossible. Kalau lah saya ada alat untuk tahu jodoh, mesti saya orang first yg check haha Gatalnya -__- Saya nak sangat tahu siapa jodoh saya tu. Bukan apa, saya nak ready and nak jadi lebih baik. Setiap orang yang nak berkahwin mesti akan aim macam tu kan? memang betul jodoh tu Allah sudah tetukan tetapi kita kena lah usaha and  cari jodoh kita tu juga...=)

Awak jangan berhenti mencari saya. Jangan berhenti suka saya. Jangan berhenti sayang saya. Jangan berhenti pujuk saya. Jagan behenti berdoa agar awak berjumpa dengan saya satu hari nanti.

Hmm, saya kat sini selalu bedoa agar berjumpa dengan orang yang dapat membimbing saya ke jalan Allah, Saya nak saya yang dibimbing. Saya perlukan bimbingan awak. Saya nak awak selalu tegur kelemahan saya. Saya nak awak jadi imam solat saya suatu hari nanti.


Saya nak awak jadi macam cerita 3janji tu. Saya nak awak jadi sahabat sebaik-baik sahabat. Saya nak awak jadi kekasih sebaik-baik kekasih. Saya nak awak jadi suami sebaik baik suami.
alamak! sesat cover movie nie pulak~ eheheh *gambar hiasan* 
Saya nak hidup dengan awak disyurga. whooohoou! Saya perlukan kasih sayang awak secukupnya. Nanti kalau dah kawin *ewah senyum kambing* awak janganlah marah2 saya. Jangan kasar-kasar dengan saya. Jangan lah buat saya macam orang gaji awak. Jangan buat saya menyesal kawin dengan awak. Jangan buat saya menangis. Jangan bg kurang kasih sayang awak kepada saya. ok2?? Kita kena jadi pasangan yang paling sweet sekali faham? wahhhhh *tengah berangan* untung awak tahu hehe. Tetiba nak sweet2 pulak awinie ehehhe. Yela sapa tak sayang suami -___- *berangan lagi* eheheh! Tapi saya bukan gatal taw. susah tau saya nak sayang orang. Tapi bila saya dah jd yg istimewa awak la org paling saya sayangg. Awakkkk!!!

Sekalipon awak terase hati dengan saya bila kita kawin nanti, awak tolong lah rendahkan ego awak, mungkin saya ada marah awak, mungkin saya ada merajuk. Tapi sebenarnya saya nak awk pujuk saya dengan lemah lembut. Okay?

Kan best kalau saya tau AWAK siapa. Takpe2 Allah tahu semua tu.  Dia dah tentukan awak untuk saya. Saya redha and terima siapa pon diri awak. Semua orang ada kelemahan kan. Tapi kalau dah jodoh, semua itu tak bermakna lagi *hehee bermadah lagi* ok lah sampai sini saje luahan hati saya untuk awak wahai bakal suamiku suatu hari nanti ;)
saya harap kita kawen nk bt pre wedding mcm nie..comelll kan kan(berangan lagi)  *gambar hiasan*
.................................................................................................................................................................

Sampai sini je aku nak meleret2 pasal masa depan.. Tolong jangan termuntah bila baca entry nieyh.. hehheh! soryy bro dah xda modal nk cerita..apepon tnggu part tu bila dah kawin nanti...papaiii ;)

Tak sabar tunggu time nieyh *gatall* haha!



Wednesday 24 October 2012

Rindu Last Semester kt Kolej!

assalamualaikum

Tak sangka dah hampir setahun tinggalkan zaman kolej. mcm sekejap je masa tu berlalu kan..
Bila dah start zaman kerja nie mula la lah ingatan tu melayang-layang ke kolej legenda, mantin tu.

Yup semestinya 31/2 tahun lepas tu xakan berulang. jauh disudut hati rindukan mantin. actly bukan setakat mantin.. nilai, senawang, seremban, semarak semua dha aku jelajah. shopping, cuci mata, makan2 sana sini semua dah pernah. haha!


Tapi zaman kolej yg xpernah aku lupe sampai sekarang, last sem aku kt kolej. sebab  paling best bila lepak ngn kawan2. kawan kerja n kawan kolej xsama beb. seyesss. 
Kawan kolej ni 1kepala, sempoi, enjoyy (yelaa smua xpikir ape2 lg..makbapak&mara support). bila kawan2 kerja, majoriti semua dah kawen. aduii xde membe 1kepala gile2, xde membe boleh lepak2 lepas waktu kerja,xde membe boleh begossip duduk makan semeja...semua xsama macam yg dulu.

Aku rindu datang claz same2 ngn membe2, buat perangai suka datang lambat, masuk claz semua bt muka slumber, duduk paling belakang. Bukan tu je, keluarkan makanan the mengunyah kt belakang smabil pass2 kt membe lain. bila claz pagi, satu claz buat rombongan cik kiah pergi ke" cafe" ataupon g beli "nasi lemak pakcik lori"... haha mana nak dapat perangai cmtu lg bila time keje kan...



Bila aku busan, suka datang then lepak umah membe lame2 pernah 3hr 3malam tidoe umah membe. bila lapar masak sama2, makanan yg pelik semua aku dah rasa (resepi membe2..layan kan jew~ hehe) ah rindu nk rasa mknan korang..sambal bilis cik wanie, sup ketam cik jia, bubur cik nanako and caramel korang tuh...
pastu masak ramaii2 sambil gossip2...dah mcm kenduri...

Aku rindu nak hangout dengan korangg weyh! jalan2 cari makanan. rindu nak g pasar petang tu...(xigt name tempat..semarak kott) rindu ngn giant, rindu seremban, rindu dataran nilai, rindu PD... lepak g melaka walaupon time ada clazz... paling best holiday g cameron...rinduuu gilerr time tuh! dah mcm 1famlily...havoc sampai xigt dunia.. dr bgn smpai nk tidur gossip gossip dan gossip....tp skg sshnya nk berkumpul n kuar same2 lagi....sekarang semua dah ada komitmen kt buah ht trsayang, dah ada kawan2 baru, dunia baru, tmpt yg baru....sob ;(





kawan-kawan...aku rindu korang laaa.....



Monday 22 October 2012

Heaven in MELAKA haha

MELAKA again! 
actly last week adek aku hbes sem so alang2 nk pergi amik die,
aku pon plan g makan angin skali kt melaka haha.
macam beselah bile g jnjalan makan angin,
1st thing aku akan cari MAKANAN paling BEST kat situ.
jauh mane pon tempat tu akan aku jejak ekekeke encik gps kn ada.... wink3~ ;p

Aku smpai sane ptg. mmg dr dalam kete aku dah aim nk minum COCONUT SHAKE
ni mmg xdpt kt mane2 siyess beb. klu ada pon mmg xsame mcm kt melaka.
TERBAIKKK!


aku decide duduk lepak kt warung tu, lg2 time hujan renyai2 kn..mmg layannnn~
Then nak tau x aku jumpa sape???
ANUAR ZAIN ok! tp time tu xdela nk batak sgt kn..cover ah konun xheran
padahall dlm ati "anuarr zainnn tuuu....hensemmm gak" ekekeke~


Then bila malam tampat kedua aku g makan kat UMBAI..

1st time smpai agak blur gak..aku igt restaurant...upe2nya die mcm medan selera yg terapung gtue
siyess blur mane satu kedai nk masuk kn...klu xsedap menyesal lak haha...
yelaa sggup redah ke pedalaman semata2 nk g makan tmpt tuh.
Then aku men redah la mane2..
ni lah hasilnya....

Menu IKAN MASAK ASAM PEDAS+SOTONG GORENG TEPUNG+IKAN BAKAR
makan utk dua orang cukup la nie..nie pon xterhabes... semua below rm30
urm not bad la...~

Pastu tangah2 malam duduk LEPAK kt bandar melaka.
ni lah tempat paling best nak lepak bila memalam klu dtang melaka.
mmg layannn........konun nak nek beca la ape lah last2 duk jalan2 pusing situ je
dengan angin sepoi2 kan almaklumlah musim hujan so angin die pon mcm kt tepi pantai...
then xdelah busy sgt..tenang je sambil layan view yg cantik tuh...
mula2 plan  nak nek bot cruise tuh tapi dah last trip sob3 ;( xkesampaian
 br nk berangan2 ala2 melancong kt venice haha...

lepas penat jenjalan n kebosanan xtau nk bt ape...
so mcm bese g   lepak MACD dataran pahlawan~
tu je port yg ado....

Friday 19 October 2012

Kau buat aku rasa kosong

Malam semakin tua tapi mata belum lena. Melawan sakit kepala. Bangun dan duduk bersila. Laptop mula bercahaya. Ruangan entry dibuka. Melayan kacau jiwa. Dan tarian jari bermula.

Aku ketawa. Buat macam tak ada apa. Buat macam tak ada apa. Masa berganti masa. Buat macam tak ada apa. Aku menderita buat macam tak ada apa. Seksa.
Kau tahu seksa?


Aku masih ingat kenangan kita. Pertama kali kita jumpa. Hadiah dari kau yang masih tersusun rapi di atas meja. Semua aku simpan sempurna. Aku termenung seketika lagi. Teringat kenanngan kita ketika jalan berdua dibawah lampu malap dikala semua sedag lena. Aku tersenyum terasa bahagianya. Sekarang aku masih tak percaya. Aku seorang diri berteman sepi.

Kadang-kadang aku terfikir macam dah buat sesuatu yang salah. kau dah bercinta dengan seorang perempuan yang pemarah. Dan bila aku marah, kau gelisah. Sampai satu tahap aku terfikir kita patut berpisah. Tapi aku tak pernah luah, sebab cinta aku pada kau masih tak berubah.
Tapi, entahlah.


Kadang-kadang kita gaduh sebab benda kecil yang tidak ada kena mengena. Aku perasan keserasian kita macam tak ada, macam hilang seketika. Dan akhirnya aku mengalirkan air mata. Ada salah aku. Ada salah kau juga. Tapi kita suka pendam rasa. Kadangkala kau buat macam tiada apa-apa Akhirnya semua tergantung begitu saja.


Sumpah aku pernah cuba jadi yg terbaik banyak kali. Tapi bila berubah aku rasa aku tak jadi diri sendiri. Aku rasa macam hidup dalam tubuh badan orang yang aku tak kenali. Biarlah aku jadi diri aku sendiri walaupun itu buat orang benci.

Aku tahu kadang-kadang kau kasar. Tapi aku tau itu bukan hati kau yang sebenar. Aku nampak perasaan kau pada aku tak bertukar. Kau masih perlukan aku dengan mesej-mesej yang kau hantar. Kau masih setia walaupun hubungan kita dilanda halilintar. Kau masih sabar.

Aku tahu kau mahu kekasih yang baik hati.Aku tahu kau mahu kekasih yang tak menyusahkan hidup kausetiap hari. Aku tahu kau mahu kekasih yang buat kau happy.Aku tahu kau mahu kekasih yang tak menyakitkan hati. Aku tahu lelaki sebaiklau layak untuk dapat kekasih yang baik budi pekerti, bukan celaka sebegini.


ps : Saya cuma mahu awak bahagia meskipun kebahagiaan itu bukan dengan saya ;)

Monday 15 October 2012

Kenali DIRI/SAHABAT/PASANGAN melalui bulan kelahiran


APRIL Bulan Kelahiran Saya. Anda pula??

Januari
- Mudah jatuh cinta.
- Mudah melupakan perasaan cinta terhadap orang yang di cintai sekiranya
dikhianati.
- Pandai mengambil hati pasangannya.
- Selalu berdiam diri ketika bertemu dengan pasangannya.
- Bersikap romantik tapi tidak pandai memperlihatkannya.
- Sikap cemburu yang tinggi terhadap pasangannya tapi tidak kisah sekirannya
pasangannya cemburu terhadapnya.
- Bakal jadi seorang bapa atau ibu yang penyayang.
- ramai kenalan, sedikit pemalu dan bersungguh-sungguh bila melakukan kerja
———— ——— ——— ——— ——— ——————

Februari
- Sukar untuk jatuh cinta .
- Amat hormat kepada pasangan.
- Amat suka memikat pasangan.
- Jujur dan berterus terang dalam perhubungan.
- Sentiasa nekad untuk bersama dengan pasangannya
- Sangat romantik pada dalaman dan bukan pada luaran (hanya pasangannya yang
tahu) .
- Patuh kepada pasangannya dan selalu menjaga hati pasangan.
- Amat menjaga penampilan diri dan pasangannya.
———— ——— ——— ——— ——— —-

Mac
- Mudah menawan hati pasangannya.
- Sentiasa ingin didampingi oleh pasangannya.
- Sangat pemalu dalam meluahkan isi hati.
- Sangat baik dalam menjaga perhubungan.
- Amat sukar melupakan pasangan yang dicintai.
- Perasaan cemburu yang minima.
- Sangat manja dan sering ingin dimanjai pasangannya.
- Mudah memilih pasangan ta npa berfikir dengan waras.
- Sentiasa mengharapkan keistimewaan dari pasangan.
———— ——— ——— ——— ——— —–

April
- Individu yang amat sukar untuk jatuh cinta.
- Selalu memendam perasaan terhadap individu yang dicintai.
- Sukar dan malu dalam meluahkan isi hati.
- Sentiasa ingin diberi perhatian.
- Amat cemburu dalam perhubungan.
- Kesetiaan teguh terhadap pasangannya.
- Emosi cepat terusik dan mudah terluka.
- Sentiasa menjaga hati pasangan dan pandai memujuk.
- Romantik dan terlalu romantik.
- Sukar melupakan pasangan walaupun dilukai.
- Sukar berlaku curang dan amat menyayangi pasangan.
———— ——— ——— ——— ——— ——— -

Mei
- Amat mudah jatuh cinta.
- Baik dan jujur dalam perhubungan.
- Pandai menarik hati pasangan.
- Perasaan cinta yang mendalam.
- Mudah untuk di pujuk.
- Mudah menerima cinta seseorang.
- Pilihan yang tepat dalam berpasangan.
- Nekad untuk menjaga hubungan yang baik.
- Pandai mengatur hidup pasangan (bukan Queen Control @ King Control).
- Suka mengangankan sesuatu yang indah bersama pasangan.
- Sentiasa dahagakan kasih sayang dari pasangan tapi tak pandai
memperlihatkan.
- Ambil berat dalam menjaga hubungan.
———— ——— ——— ——— ——— -

Jun
- Amat pandai menjaga hati pasangan sekiranya dia perempuan.
- Sukar melukai dan memahami hati pasangan.
- Mudah jatuh hati tapi terlalu memilih.
- Cerewet dalam hubungan.
- Selalu beremosi.
- Mudah merajuk dan mudah di pujuk.
- Selalu melindungi pasangan dari kritikan atau umpatan orang.
- Elok untuk menjadi Ibu yang baik.
- Dahagakan pujian dari pasangan.
———— ——— ——— ——— ——— –

Julai
- Amat sukar didampingi pasangan.
- Sukar dimengerti oleh pasangan.
- Sentiasa menjaga maruah diri, pasangan dan perhubungan.
- Amat mudah dipujuk dan berterus terang.
- Amat menghargai kesetiaan pasangan.
- Mengambil berat dan mengasihi pasangan
- Berkebolehan untuk meluahkan isi hati terhadap individu yang dicintai.
- Mudah terluka dan lambat untuk pulih.
- Suka merajuk dan dipujuk.
- Setia terhadap pasangan.
- Su ka mendengar dan tidak suka membantah.
- Cemburu terhadap pasangan.
- Suka menilai dan menjaga perhubungan.
———— ——— ——— ——— ——— -

Ogos
- Pandai memujuk pasangan
- Suka memimpin pasangan.
- Romantik, Pengasih dan Penyayang.
- Kelam kabut dalam perhubungan.
- Sangat sensitif .
- Mudah meluahkan kata cinta pada sesiapa yang berkenan.
———— ——— ——— ——— ——— –

September
- Bersopan dalam hubungan.
- bertolak ansur terhadap pasangan.
- Suka mengkritik pasangan.
- Sangat prihatin terhadap pasangan.
- Sangat sensitif dan emosi.
- Pandai memahami pasangan.
- Kurang menunjukkan perasaannya terhadap pasangan.
- Sukar melupakan sekiranya hati terluka.
- Mudah simpati dengan perasaan dan masalah pasangan.
- Pandai menyimpan perasaan.
- Suka berterus terang jika perkara itu tak disetujuinya.
———— ——— ——— ——— ——— ——

Oktober
- Amat suka berkomunikasi dengan pasangan.
- Suka disayangi dan menyayangi pasangan.
- Sopan terhadap pasangan.
- Jujur dan jarang berpura-pura dengan pasangan.
- Mudah terluka hati sekiranya pasangan ada melakukan kesalahan terhadapnya.
- Emosi yang mudah terusik.
- Pengasih, Penyayang terhadap pasangan.
- Cemburu dan terlalu cemburu.
- Romantik
- Memahami pasangan.
———— ——— ——— ——— ——— -

November
- Cermat dan teliti dalam menjaga perhubungan.
- Amat berahsia dengan pasangan dan sesiapa.
- Agak degil dan kuat pendirian.
- Mudah ambil berat terhadap pasangan.
- Emosi yang mendalam.
- Perangai tidak dapat diramal terhadap pasangan.
———— ——— ——— ——— ——— —

Disember
- Pemurah terhadap perhubungan
- Mudah jatuh cinta dalam masa yang sama.
- Tergesa-gesa dalam perhubungan
- Suka didampingi oleh pasangan.
- Benci bila dikongkong.
- Berbakat untuk kahwin lebih dari satu.(Utk Lelaki)
- Suka mempengaruhi pasangan.

Berikut disenaraikan kajian mengenai bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah. Artikel ini diambil dari Ruangan Artikel myMasjid.com. Anda boleh menyemak sendiri ciri-ciri ini dalam diri anda dan menjadi salah satu pengetahuan untuk mengenali sahabat dan muhasabah diri.

JANUARI
Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik. Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik. Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan. Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur. Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam. Pandai mengambil hati orang lain. Pendiam kecuali telah dirangsang. Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi. Mudah mendisiplinkan diri sendiri. Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema. Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya. Cukup sayang pada kanak-kanak. Suka duduk di rumah. Setia pada segala-galanya. Perlu belajar kemahiran bersosial. Sifat cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI
Berfikiran abstrak. Sukakan benda yang realiti dan abstrak. Bijak dan pintar Berpewatakan yang mudah berubah. Mudah menawan orang lain. Agak pendiam. Pemalu dan rendah diri. Jujur dan setia pada segalanya. Keras hati untuk mencapai matlamat. Tidak suka dikongkong. Mudah memberontak apabila dikongkong. Suka kegiatan yang lasak. Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif. Mudah mempamerkan marahnya. Tidak suka benda yang remeh-temeh. Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya. Sangat berani dan suka memberontak. Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya. Pemerhatian yang tajam. Suka hiburan dan sukan. Suka benda yang bersifat seni. Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran. Berkecenderungan pada benda yang tahyul. Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros. Belajar untuk mempamerkan emosi.

MAC
Berpesonaliti menarik dan menawan. Mudah didampingi. Sangat pemalu dan pemendam rasa. Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati. Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran. Suka pada kedamaian. Sangat peka pada orang lain. Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain. Tidak cepat marah dan sangat amanah. Tahu membalas dan mengenang budi. Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam. Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal. Suka berangan-angan. Suka melancong. Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi. Kelam kabut dalam memilih pasangan. Suka dengan hiasan rumahtangga. Punya bakat seni dalalm bidang muzik. Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik. Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

APRIL
Sangat aktif dan dinamik. Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal. Sangat menarik dan pandai menjaga diri. Punya daya mental yang sangat kuat. Suka diberi perhatian. Sangat diplomatik (pandai memujuk ). Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang. Sangat berani dan tiada perasaan takut. Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah. Emosi cepat terusik. Cuba kawal perasaan. Kecenderungan bersifat pendendam. Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan. Kuat daya ingatan. Gerak hati yang sangat kuat. Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain. Berpenyakit disekitar kepala dan dada. Sangat cemburu dan terlalu cemburu

MEI
Keras hati & degil. Kuat semangat & bermotivasi tinggi. Pemikiran yang tajam. Mudah marah apabila tidak dikawal. Pandai menarik hati & perhatian orang lain . Perasaan yang amat mendalam. Cantik dari segi mental & fizikal. Tidak perlu dimotivasikan. Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain. Mudah dipujuk. Bersikap sistematik (otak kiri). Suka berangan. Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu. Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit. Daya khayalan yang tinggi. Permikiran yang tajam. Pandai berdebat. Fizikal yang baik. Kelemahan sistem pernafasan. Suka sastera, seni & muzik serta melancong. Tidak berapa suka duduk di rumah. Tidak boleh duduk diam. Tidak punya ramai anak. Rajin dan bersemangat tinggi. Agak boros.

JUN
Berfikiran jauh & berwawasan. Mudah ditawan kerana sikap baik. Berperangai lemah lembut. Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood. Idea yang terlalu banyak di kepala. Bersikap sensitif. Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir). Sukar melakukan sesuatu dengan segera. Bersikap suka menangguh-nangguh. Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik. Cepat marah & cepat sejuk. Suka bercakap & berdebat. Suka buat lawak & bergurau. Otaknya cerdas berangan-angan. Mudah berkawan & pandai berkawan. Orang yang sangat tertib. Pandai mempamerkan sikap. Mudah kecil hati. Mudah kena selsema. Suka berkemas. Cepat rasa bosan. Sikap terlalu memilih & cerewet. Kurang mempamerkan perasaan. Lambat untuk sembuh apabila terluka hati. Suka pada barang yang berjenama. Mudah menjadi eksekutif. Kedegilan yang tidak terkawal. Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.



JULAI
Sangat suka didamping. Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki. Agak pendiam kecuali dirangsang. Ada harga dan maruah diri. Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan. Mudah dipujuk dan bercakap lurus. Sangat menjaga hati orang lain. Sangat peramah. Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya. Berjiwa sentimental. Jarang berdendam. Mudah memaafkan tapi sukar melupakan. Tidak suka benda remeh-temeh. Membimbing cara fizikal dan mental. Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang. Layanan yang serupa terhadap semua orang. Tinggi daya simpati. Pemerhatian yang tajam. Suka menilai orang lain melalui pemerhatian. Mudah dan rajin belajar. Suka muhasabah diri. Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama. Suka mendiamkan diri. Suka duduk di rumah. Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan. Tidak agresif kecuali terpaksa. Lemah dari segi kesihatan perut. Mudah gemuk kalau tak kawal diet. Minta disayangi. Mudah terluka hati tapi lambat pulih. Terlalu mengambil berat. Rajin dalam membuat kerja

OGOS
Suka berlawak. Mudah tertawan padanya. Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain. Berani dan tidak tahu takut. Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan. Pandai memujuk orang lain. Terlalu pemurah & bersikap ego. Nilai harga diri yang sangat tinggi. Dahagakan pujian. Semangat juang yang luar biasa. Cepat marah & mudah mengamuk. Mudah marah apabila cakapnya dilawan. Sangat cemburu. Daya pemerhatian yang tajam & teliti. Cepat berfikir. Fikiran yang berdikari. Suka memimpin & dipimpin. Sifat suka berangan. Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat. Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk. Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit. Belajar untuk bertenang. Sikap kelam kabut. Romantik, pengasih dan penyayang. Suka mencari kawan

SEPTEMBER
Sangat bersopan santun & bertolak ansur. Sangat cermat, teliti & teratur. Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik. Pendiam tapi pandai bercakap. Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati. Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur. Kerja yang dilakukan sangat sempurna. Sangat sensitif yang tidak diketahui. Orang yang banyak berfikir. Daya pentaakulan yang baik. Otak bijak & mudah belajar. Suka mencari maklumat. Kawal diri dari terlalu mengkritik. Pandai mendorong diri sendiri. Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia. Suka sukan, hiburan & melancong. Kurang menunjukkan perasaannya. Terluka hatinya sangat lama disimpan. Terlalu memilih pasangan. Sukakan benda yang luas. Bersistematik.

OKTOBER
Suka berbual. Suka orang yang sayang padanya. Suka ambil jln tengah. Sangat menawan & sopan santun. Kecantikan luar & dalam. Tidak pandai berbohong & berpura-pura. Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan. Sentiasa berkawan. Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama. Cepat marah. Macam pentingkan diri sendiri. Tidak menolong orang kecuali diminta. Suka melihat dari perspektifnya sendiri. Tidak suka terima pandangan orang lain. Emosi yang mudah terusik. Suka berangan & pandai bercakap. Emosi yang kelam kabut. Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan). Suka melancong, bidang sastera & seni. Pengasih, penyayang & lemah lembut. Romantik dalam percintaan. Mudah terusik hati & cemburu. Ambil berat tentang orang lain. Suka kegiatan luar. Orang yang adil. Boros & mudah dipengaruhi persekitaran. Mudah patah semangat

NOVEMBER
Banyak idea dalam perkara. Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya. Berfikiran kehadapan. Berfikiran unik dan bijak. Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa. Pemikiran yang tajam. Daya firasat yang sangat halus dan tinggi. Sesuai jadi seorang doktor. Cermat dan teliti. Personaliti yang dinamik. Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia. Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra. Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran. Terlalu degil dan keras hati. Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya. Tak suka marah kecuali digugat. Mudah ambil berat terhadap orang lain. Pandai muhasabah diri. Cara berfikir yang lain dari orang lain. Otak yang sangat tajam. Pandai mendorong diri sendiri. Tidak hargai pujian. Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu. Cuba sampai berjaya. Badan yang sasa. Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik. Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang. Suka duduk d irumah. Sangat rajin dan berkemampuan tinggi. Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia. Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi. Bercita-cita tinggi. Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER
Sangat setia dan pemurah. Bersifat patriotik. Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan. Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa. Bercita-cita tinggi. Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi. Seronok bila didampingi. Suka bercampur dengan orang. Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai. Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur. Tidak pandai berpura-pura. Cepat marah. Perangai yang mudah berubah-ubah. Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi. Benci pada kongkongan. Suka berlawak. Pandai buat lawak dan berfikiran logik.

P/s: Sekiranya  setiap ramalan ini tepat buat anda ia merupakan kebetulan.Jangan Percaya Pada Tilikan... sekadar suka-suka.

Sunday 14 October 2012

Aku menangis lagi


Dear Diary,

Pernahkah anda tertanya-tanya kenapa seorang wanita menangis hanya kerana seorang lelaki?
Mungkin sebab anda sudah terbiasa dengan auta bahawa perempuan memang suka menangis..
Seorang perempuan takkan menangis dengan mudah,tetapi hanya apabila dia mula menyintai anda..

Dia mula merendahkan egonya untuk anda semata-mata kerana anda..
Apabia dia menangis di hadapan anda,
Apabila dia menangis kerana anda,
Pandanglah matanya..
Bolehkan anda rasa apa yg dia rasa?
Pernahkan anda CUBA untuk memahami apa yg dia rasa?

Fikirkan..
Berbaloikah dia menangis,di hadapan anda?
Hanya kerana anda?
Dia menangis bukan kerana dia lemah.
Dia menangis bukan kerana dia kasihan atau simpati.
Dia menangis kerana dia tidak lagi mampu untuk menangis di dalam hati.
Kesedihan yg di rasainya mnjadi semakin berat utk di simpan.

Cuba ambil masa utk berfikir.
Jika si dia menangis hanya kerana anda.
Mungkin sudah tiba masanya anda fikir kembali di mana silap anda.
Kerana hanya anda tahu jawapannya.

Fikirkan.
Kerana suatu hari nanti ianya mungkin terlalu lambat untuk menyesal.
Atau terlalu lambat untuk mengucapkan "MAAFKAN SAYA"
Kalau seorang perempuan menangis kerana anda,janganlah anda biarkan dia menangis keseorangan.
Beradalah di sisi dia menemani dia.
Kerana dialah yang akan setia dengan anda sehingga akhir hayat anda.

Kalau seorang perempuan menangis kerana anda,janganlah anda meninggalkan dia selagi dia masih memerlukan anda.
Jangan pernah mengungkap rasa cinta anda pada seorang perempuan selagi anda belum benar-benar yakin dan sedia untuk bercinta..
Kerana anda hanya akan membuatkan si dia menangis dan sengsara..

Mudah bagi seorang perempuan untuk berpura-pura melupakan cinta lamanya terutama cinta pertama..
Tapi bukan mudah untuk membuang parut dalam jiwanya..
Hargailah seorang wanita yang tulus mencintai anda..


.................................................................................................................................................................

                                                    Adakalanya kita perlu MENANGIS
agar kita tahu hidup ini bukan sekadar KETAWA.

Bersyukur pada orang yang MENYAKITI kamu
kerana dia yang MENABAHKAN kamu.

Bersyukur pada orang yang TAK MENGENDAHKAN kamu
kerana dia yg MEMUPUK kamu BERDIKARI.

Bersyukur pada orang yg MENJATUHKAN kamu
kerana dia yang MEMPERHEBATKAN kemampuan kamu.

Bersyukur pada orang yang MENYIKSA kamu
kerana dia yang menguji KESABARAN dan KETABAHAN kamu..

TaipApaAkuSuka

Hurm tetibe lak kan aku rasa mcm nak taip je ape aku suka. 
emo emo emo! smpai nk tenggelam keyboard2 nieyh.
Sebab ape aku emo?? TERASE pedih ibarat hati ni dihiris2 dgn pedang..sob3x
Mcm mane xemo, cb bygkan kalau bf korg xigt nk sms korg lgsg kn...
bila dah dgn kwn bukan kemain...
Bila ditanya busy katanya. yelaa tuh...xkan la 1min pon xada.
dats y laa aku terase disakiti giler kott. yup hati yang kau sakiti cm lagu judika tu.
 kalau 3hr dgn kwn, 3hr laa kau xmsj aku kn .
Then better aku couple je ngn laptop nie atau g kawen ngn kawan2 kau tuh. 
 selalu buat mcm tu sape xbengang.
aaaa aku mmg sensetif tahap maximum! 
dah la aku boring iler 1hr kt umah. adeh mati kutu xtau nk buat ape.
Nie la akibat asek berkepit sampai nk kua sorang2 pon rasa pelik.

Teruskanlah...



Teruskanlah - Agnes Monica

Pernahkah kau bicara
Tapi tak di dengar
Tak di anggap
Sama sekali..

Pernahkan kau tak salah
Tapi disalahkan
Tak di beri
Kesempatan

Kuhidup dengan siapa
Ku tak tau kau siapa
Kau kekasihku tapi
Orang lain bagiku

Kau dengan dirimu saja
Kau dengan duniamu saja
Teruskan lah.. Teruskan lah
Kau begitu

Kau tak butuh diriku
Aku patung bagimu
Cinta buta
Kebutuhan mu
Kau dengan dirimu saja
Kau dengan duniamu saja
Teruskan lah.. Teruskan lah
Kau.. kau begitu

Saturday 13 October 2012

Ahad Bosan!




BOSAN!  urm xada aktiviti yg best ahad nie..
Dok kt uma pon xjadi apa. nk tgk movie line mcm siput tersemput-semput.
Nak Tidoe lak adoii xmngnatuk lg..
Nak melantak xdok makanan.n
Nk layan citer hindustan pon xdok ahad2 nieyh.
hurm ape ek nak buat? sonok gak cuci mata Jalan-jalan?? Tapi
nak jalan mana. hurm makan-makan?? nak nak!! tapi nak pergi dengan sape?
urm tengok wayang??? hurm ok gak banyak cter best tapi....pergi sorang2??(errr busan gak)
(-_________________-)

Bestnye menipu..alaa tipu sunat..tak pe kan??

Best kan bila kite berjaya bohong selamatkan diri. Eh bohong?? apa tu?? TIPU laaa xkan xtau perkataan tu. sekeh kang barutau.Betul xtau?? err pergi tanya encik google (mood malas layan). Best rasanya bila berjaya selmatkan diri kn. Terasa bagai sedang bersantai dihalaman umah smbil mengunyah biskut cicah Teh'O. PEH BEST!

Tapi kn.... boleh ke menipu untuk selamatkan diri sebenarnya?? puas hatike?? mesti ada perasaan gelisah jgk kan Jangan tipu lah. Tuhan melihat anda.

Ala tipu sunat je. Eh ada ke istilh tipu sunat nie?? Menipu adalah dosa disisi agama xkira lah name pon tipu.
Tapi kalau tipu sunat..ringan sikit kan...contoh dgn tujuan untuk benda baik. Boleh ke?? (dok termenung pikir jap) 

Biasanya tipu sunat nie dikaitkan dengan lelaki. (haa lelaki2 jgn nk berkerut2 dahi bila baca statement nie).
walaupun perempuan ada yang serupa je..yela, fakta mengatakan mereka ada sembilan akal untuk memenuhi satu nafsunya..berbeza dengan wanita yang hanya mempunyai satu akal untuk menampung sembilan nafsu dan keinginannya..

MESTI PANDAI MEMBOHONG..MESTI PANDAI TEMBERANG~
TETAPI JANGAN SAMPAI HAI PECAH TEMBELANG
(macam lagu P.Ramlee)

Contoh: "sorry i xdapat teman keluar coz ada hal penting" ...padehal enjoy dgn membe. ish nk je sekeh kan..
Contoh: bile  org tanya "eh u single lagi ke" ."urm yup.." ah padehl...nie pon mls aku nk respect org cmnieyh.

ahaha so pendapat aku la kan, kalau dah name menipu tetap jgk menipu xkisahlah untuk jaga hati ke ape ke kan..kalau dah salah tetap salah...kalau anda sendiri ditipupon anda rasa bengang kan..semua org pantang ditipu dan diperbodohkan..so nape ada istilah tipu sunat? same2 fikirkn lah..

Lastly



HARI BAHAGIA !

Assalamualaikum...

Salam malam mggu semua! Bertemu lagi...HARI BAHAGIA! tapi hari ni bukan hari bahagia aku...cuma terasasemacam  bahagia bila dgr lagu2 pengantin & bila tgk gambar2 pengantin yg dipost dekat FB..minggu nie banyak pulak org kawen kn...
Tahniah kepada semua yg dok atas pelamin malam nie eheh! SELAMAT PENGANTIN BARU!
OK aku jeles~ (gatai nak kawin jgk) mana yg jadi raja sehari alhamdulilah, amboii bahagianya senyum sampai ketelinga...
Aku mg xboleh laa tgk2 something yg berkaitan dgn wedding nieyh! automatic rs mcm excited kn! padehal ape kene mngene?? haha...
So dlm mood berangan nak kawen nieyh..aku nk share lah bayang2 time wedding aku nanti (cehhh!) tema ala2 garden banyak flowers and suka sgt yg banyak pkai lighting kikiki mcm icity..;p xdelah...aku suka usha2 wedding org...then tujuan aku share kot2 encikboifren aku terbaca kan.. (dengan penuh harapan "nanti kita kawen bt cm ginie boleyh??) tetttettt..........


CANOPY TRANSPARENT:






PELAMIN TRANSPARENT:







Friday 12 October 2012

Why u ignore me??

Have u ever cried For
Someone special in ur life?
"YES I DID.."
I wish i could ignore u,
Like u ignore me..


Thursday 11 October 2012

Bodek Membodek ~

Oiii3 weeee~ dah lame xupdate blog. so kesempatan yg rajin ni, nk share story tntg "bodek membodek".
mesti korg dah familiar kn dngn word ni. bagi yg buat2 xfaham meh aku nk bg definisi bodek. Bodek ni adalah parangai yg suka puji berlebih lebihan untuk capai satu matlamat yg dihajati. Biasanya sikap bodek ni terlekat & melekat pada diri manusia2 yg pandai berlakon! hoho boleh digelar pelakon terbaik okeyh~ nk trgkan pnjg2 pon uols mesti la dah fhm kn..alaaa mesti korg prnh mngalami situasi dibodek, membodek atau tgk org yg sk membodek & suka dibodek kn kn??

Sesetengah org ni mmg profesional dlm bab bodek2 ni. ahahha menyampah pulaa rasanye..yelaa, biasanya dorg ni ada niat tersembunyi misalnya bagi seorg pekerja nak dapat pujian drpd boss, nak naik gaji atau pon bagi seorg pelajar nk dpt grade bagus dalam subjek. tp kt sini aku lg suka story alam pekerjaan. Bukan apa dalam alam pekerjaan nie, perangai bodek dan dibodek sgt meluass smpai xterkawal huuhuu! aku terkecuali sebab aku ni xsuka nk berlakon2 xde bakatt kikikiki dan aku rasa sikap bodek tu adalah sikap yg sgt terukkkk eeeuuu yuck! contoh klu aku bt sesuatu aku xsk la nk menunjuk2, aku lg suka org appreciate aku drpd mata dia sndri. & drpd hasil kerja aku. dan aku rs org yg sk dibodek nie dlm kategori "bodoh' sory bro~ hihihi sebab...awat hang percaya sgt ckp org lg2 org yg sk mngendeng2 dngn hang. hang igt depa semua ikhlas ka senyum2, sopan santun cakap dngn hang? plastik tau! depa smua layak hantar ke akademi lakonan kompem menang award tiap tahun.

So kita nie nak buat apepon kenalah ikhlas, jujur & usaha bagi terbaik. xperlu la hang nk dok cite kt boss pung pang pung pang tapi habuk pon xdak na...bodek2 nie ish pon boleh mnjatuhkn org. hang ckp hang baguih tp sebenrnya org lain lg bgus dr hang...lepas tu hang cakap hang wat kerja tu tapi org lain punya tangan....ha cmne tuh?? lg2 yg sk dok burukkn org lain ishh xmoh2 xbek tuhan marahhh...haaa....
Dan jika anda rasa anda adalah insan yg jauh dr sifat ini anda adalah insan cemerlang! hahahahahha~ xpe org xnmpk ape kita buat tp tuhan tahu.. 1hr nnt tuhan akn tunjuk & insyaallah rezeki tu sentiasa ada utk kita. yg sentiasa rajin bekerja & xperlu berlakon dpn boss na... ;) 

Bagi org2 yg suka bodek membodek sesuai kita same kan dgn bedak membedak... hang tau kenapa??
sbb bedak nie selalu sembunyikn muka yg hodoh....kikikiki ;p so fikir2 kn...jgn marah aaaa... 

gambar hiasan je!

Sunday 7 October 2012

aku sayang kau lah bodoh !

no no its not me who are saying that.
ok pernah ke anda mengalami ataupun pernah tengok kawan-kawan
ataupun siapa-siapa sahaja membuat dialog serupa ini

"aku sayang kaulah bangang"!
'aku pun sayang kaulah bodoh"!
then gelak-gelak..

and i was like..eh mengapa mereka sebegitu?
konon-konon orang akan cakap..
"perghhh sempoinya couple ni"
"perghhh cool gila lah dorang ni..selamba je bodoh2 bangang2 b**i bagai"

dear..its not cool ok..percakapan tu satu doa.
percayalah..relationship takkan panjang kalau suka cakap mencarut sebegini macamni
kalau sekadar utk bercinta tanpa kawen,ok fine..tapi kalau utk lebih dari itu..fikirlah sendiri
let's say kalau kahwin, takkan nak panggil.."wei bodoh, kau sayang aku tak"?
kalau anak-anak dengar itu jadi ikutan..sebab mak bapak pon selamba cakap cmtu.
tak pasal-pasal anak pon turut "bodoh"


just my opinion..itu tak cool.itu sucks.


15 things about me :)

Assalamualaikum.....


Sekadar untuk berkongsi pasal diri saya....
mane la tau kut2 perangai, cara, gaya kita  kita sama eheheeh ^^
selamat membaca..... ;p




1) suka goyang-goyangkan kaki bile ngah blur, tersipu2 malu or nervess huhu xtau la nape kn
2) saya adalah pencinta alam ahaks! sgt suka pergi jalan2 tempat yg ada bukit2, pantai, pokok2
    menghijau ...gadis kampungg katekannn ^_^ indahnya ciptaan tuhan
3) suka pakai baju color hitam ! (sbb nampak lg kurus dr size sebenar ekekekeek~)
4) plg suka tgk action movies! (tp xsuka download/tgk online/tgk brkali2)
5) bila busan & hangout,1st activity "makan"..ahaha! suka try mcm2 makanan ;p
6) suka singgah perhentian R&R and stesen minyak (motif? lambatkn perjalanan smpai umah)
7) suka minum hot drink bila mlm/pg (hot choc especially coz rs tenang & romantic hehee ^^)
8) suka drive sorang2 (xsk pkai sitbelt!) sambil dgr muzik kuat2 (volume plg tggi pnh dgr 18)
9) xsuka matematik, pengiraan & sewaktu dengannya.. lebih jelas "xsuka nombor" 
10) bila tiba2 sy senyap thats mean sy ngh merajuk, terasa hari, sensetif, marah..
11) bila nmpk cermin (xkisahlan kt mane2 pon) 1st thing sy akan betul2kan rambut
12) seseorg yg suka benda2 mistik ( brave woman katenya hoho)
13) Aksesori : 1) sgt suka pakai jam tangan & rantai ! 2) tak pernah beli cincin selame 22tahun
14) xsuka baca buku,suratkhabar,novel n sewaktu dngnya (cuma belek gambar je & last page)
15) saya cuma boleh hangout lame2&tiap hari dgn SOMEONE sy sayang! (only 1)



p/s: eheheh ada same ke?? ;p



The most great action movies 2012


Semalam hari paling best coz hang out tanpa tgn kosong kikiki ! ;D 
Nak tau kenapa??? c0z smlm dpt shopping makeup kt warehouse simplysiti. mmg terbaek giler price die..ape lagi shopping sakan laa kan...tp bukan tu yg saya nak share kt entry nie ehehehe!
Actly saya nak share movie yg sy tgk smlm. movie nie saya dah tggu dr bln lepas lg okeyh~ giler excited kn!
..finallly dapat gak kn tgk...yeay~ sy nie trsgt lah suka tgk wyg..
Ramai yg kate skg boleh je download and tgk je online movie2 nie..
huhuhu beb, tgk online kt laptop xsame ok tgk kt panggung..laptop korg besar cm skrin tuh kerrr?? kiki sbnrnye tgk kt panggung nie lg puas tau! tv besarrrrr, gelappp....rami org eheheh! klu gelak xdelah gelak sorg2 kn huhahuha~ memang ramai giler smlm yg tgk kt GSC Setia city mall..

TAKEN2 mengisahkan satu kumpulan yg ingin membalas dendam pada keluarg Mills, Keluarga Mills yang sudah hidup enang setelah peristiwa penculikan anknya dulumereka telah marancang untuk bercuti bersama di Instanbul telah bertukar mnjadi satu tragedi yg x diingini. Isteri bsyan diculik oleh satu kumpulan jahat dengan niat untuk membalas dendam. Ternyata kumpulan itu adalah orang2 suruhan ketua kumpulan penculik yg dulu, kerana  orang2 mereka pernah dibunuh oleh Bryan semasa menyelamatkan Kim. Kemudian Bryan diberi masa utk menyelamatkan isterinya sebelum semuanya terlambat.



So, better g tgk cpt! xrugi tau 13hinggit korangg~ aku bg rate 4star  yg pntg xbusannn tgk..heheheh~
SELAMAT MENONTON ;P


Wednesday 3 October 2012

Beauty is paint

Sejak dua menjak nie rajin pulak aku nak mengupdate blog kan!btw gara2 tadi aku baca magazine terkeluar lah idea utk entry nieyh. eh sejak bile lak aku rajin membaca kn??haha aku rasa macam dah lame gilerrr xbaca magazine apetah lg nak membelinya...Entah kenape tadi tergerak kaki melangkah ke kedai majalh.Selalunya aku cume nmpk kedai MAKANAN je! (xyah nak perli gemuk!) then ternampak satu heading  magazine tu "250 PRODUK&TIPS DARI HUJUNG RAMBUT HINGGA HUJUNG KAKI" haa! sapa x excited nk baca! dgn harapan leh cantek macam artis! (bagus batol marketing majalh ni)


Apa yang aku nak share ni, bila tgk dalam magazine tuh pehh model die cun3 kot, body pehh slim okeyh!(name pon model...) makeup die lak, mak aii superb! then dress die......meletup! produk dia pakai lak waaaaaaa leh hbs gaji aku 1bulan! 

Perlu ke buat semua ni?? bagi sesetengah orang, mereka akan cakap:

"mestila kena beli all of those things, bila kite tak cantik, orang nak pandang pun tak lalu.."


"i kene jaga penampilan diri i, bf i suruh..nanti i tak cantik, die cari yang lain, i jugak yang susah.."
(cakap style mengada gedix)

1) Masalah besar bg aku "diet" & "kurus" ! 
orang selalu tanya "bila nak kurus??"(ish nk je aku bg kick.
sape yg xnk cantik kn?hoii3! .kalau kurus tu boleh pakai magik!)
Skrg dah moden, London weight ada, SD11 ada, Dr. Rozmeyh ade...
nk kurus sng je..cuma kena ada $$$$$$$ (mampu kerr??)

2) Bila ada jerawat kena beli krim jerawat, kalau rambut kusut kena beli serum,
kalau kulit xsekata kena beli cream muka. Lepas tu kalau boleh nak beli satu set,
kunon baru berkesan gitue~ then klu beli set harga lagi jimat
(yela tuh jimat...padahal harga tetap $$$$$$$)

3)  Cantiknya u makeup...cantik color bibir u.u pakai lipstik brand apa?
 kulit u pon nmpk gebu, foundation apa u pakai nie?
Then cantik eyeshadow u pkai, brand apa? i igt nk try lah $$$$$$
(situasi nie biasa nampak dekat comment2 FB! haha)

4) Bila jalan2 kat shopping mall, " waa cantiknya baju ni...ade pulak discount 20%,
 rugi xbeli skg nanti habis xdapat" lg2 kalau fashion nie olwes up to date! 
so untk yg stylish n pntgkn imej mesti slalu kene up to date
kalau boleh 1 baju sekali je pakai! gileerr lah $$$$$$$


hahahaha mmg sakit lahh duet poket kalau mcm nie gaya nya..btw my point adalah..
Bukan senang nak cantik! Tapi pada yang mampu jangan lah terlapau obses.

Apepon tak semua orang anggap muka berjerawat tu tak cantik, dan tak semua orang anggap chubby(ayat sopan) tu tak elok. macam aku ni xmampu ah nk beli produk mahal2 sgt, bukan artis pon cukup la mana yg mampu hehe baik aku guna duit aku beli makanan.... ;p

The most important thing is, be with the people you are comfortable with :)