Friday 19 October 2012

Kau buat aku rasa kosong

Malam semakin tua tapi mata belum lena. Melawan sakit kepala. Bangun dan duduk bersila. Laptop mula bercahaya. Ruangan entry dibuka. Melayan kacau jiwa. Dan tarian jari bermula.

Aku ketawa. Buat macam tak ada apa. Buat macam tak ada apa. Masa berganti masa. Buat macam tak ada apa. Aku menderita buat macam tak ada apa. Seksa.
Kau tahu seksa?


Aku masih ingat kenangan kita. Pertama kali kita jumpa. Hadiah dari kau yang masih tersusun rapi di atas meja. Semua aku simpan sempurna. Aku termenung seketika lagi. Teringat kenanngan kita ketika jalan berdua dibawah lampu malap dikala semua sedag lena. Aku tersenyum terasa bahagianya. Sekarang aku masih tak percaya. Aku seorang diri berteman sepi.

Kadang-kadang aku terfikir macam dah buat sesuatu yang salah. kau dah bercinta dengan seorang perempuan yang pemarah. Dan bila aku marah, kau gelisah. Sampai satu tahap aku terfikir kita patut berpisah. Tapi aku tak pernah luah, sebab cinta aku pada kau masih tak berubah.
Tapi, entahlah.


Kadang-kadang kita gaduh sebab benda kecil yang tidak ada kena mengena. Aku perasan keserasian kita macam tak ada, macam hilang seketika. Dan akhirnya aku mengalirkan air mata. Ada salah aku. Ada salah kau juga. Tapi kita suka pendam rasa. Kadangkala kau buat macam tiada apa-apa Akhirnya semua tergantung begitu saja.


Sumpah aku pernah cuba jadi yg terbaik banyak kali. Tapi bila berubah aku rasa aku tak jadi diri sendiri. Aku rasa macam hidup dalam tubuh badan orang yang aku tak kenali. Biarlah aku jadi diri aku sendiri walaupun itu buat orang benci.

Aku tahu kadang-kadang kau kasar. Tapi aku tau itu bukan hati kau yang sebenar. Aku nampak perasaan kau pada aku tak bertukar. Kau masih perlukan aku dengan mesej-mesej yang kau hantar. Kau masih setia walaupun hubungan kita dilanda halilintar. Kau masih sabar.

Aku tahu kau mahu kekasih yang baik hati.Aku tahu kau mahu kekasih yang tak menyusahkan hidup kausetiap hari. Aku tahu kau mahu kekasih yang buat kau happy.Aku tahu kau mahu kekasih yang tak menyakitkan hati. Aku tahu lelaki sebaiklau layak untuk dapat kekasih yang baik budi pekerti, bukan celaka sebegini.


ps : Saya cuma mahu awak bahagia meskipun kebahagiaan itu bukan dengan saya ;)

No comments:

Post a Comment