Sunday 30 September 2012

LELAKI & RELATIONSHIP


From my point of view,lelaki zaman sekarang mereka kebanyakannya takut untuk adakan 'relationship' dengan perempuan. Taktahu lah apa yang mereka takutkan. Tapi apa yang kite nampak, mereka lebih gemar kalau mereka dua seperti 'Friends With Benefits' aje. Instead of 'couple', lelaki kebanyakannya suka untuk berkawan, tapi mesra macam dah couple. Get what I mean?


Entah serius taktahu apa motif mereka nak buat macam tu. Bila dia nak, dia cari. Bila dia tanak, dia pergi. Bila perempuan tanya ataupun desak lelaki tu, lelaki tu jawab "Kita kan kawan je?". Oh, kawan je? Tapi yang pegang tangan, peluk2 depan public, mesej2 comel molek tu apa? ( Upsss! Ini bercakap secara general okay? ).


Memang betul, ada salahnya perempuan tu. Sepatutnya sebelum ada ikatan yang sah, jangan lah kita 'menyerah' diri kita kat lelaki tu. Eventhough kita sayang dia sekali pun, jangan lah buat lelaki tu rasa kita ni milik dia. Sebab kalau dia tak mintak couple kat kita, tapi dia layan kita macam couple and sometimes dia ada, sometimes dia takde, macam mana nak kekal?


Kadang-kadang nak cakap ada sesetengah perempuan tu syok sendiri pun memang ada. Tapi siapa yang tak syok sendiri kalau ada lelaki yang layan kita macam dia suka kita. Jenis yang dalam msg or call dia cakap manja-manja. Kalau keluar pegang tangan. Kan? So before buat sesuatu tu, fikir dahulu apa akibatnya.


In my opinion, ada beberapa sebab kenapa lelaki zaman sekarang takut/tanak dengan 'relationship' ni.

1. Mereka jenis yang alim. Tanak couple-couple sebab ianya haram di sisi Islam.

2. Mereka jenis yang cool. Tanak couple sebab nanti kawan-kawan cakap apa barang ada awek.

3. Mereka jenis yang lemah. Tanak couple sebab nanti mereka punya ego jatuh.

4. Mereka pernah heartbroken. Tanak couple sebab their past still haunt em'.

5. Mereka jenis player. Player mana yang suka stick to only one girl, kan?


Number satu tu macam percentage dia lebih kurang 1.5 % je kan kat zaman sekarang ni? So rasa number 2, 4, dan 5 yang paling kerap menjadi reason untuk seorang lelaki tanak/takut untuk adakan relationship dengan perempuan.


Sekejap mereka layan kita macam kita ni awek dia, sekejap dia hilang entah ke mana. Bila kita cari dia, dia cakap kita buat kepala dia serabut. Bila kita dah okay takde dia, dia datang balik buat macam kita ni awek dia lagi. Yang kita ni pun lama-lama jadi bingung. Apasal mamat ni buat macam ni?


Perempuan mana yang suka lelaki buat macam tu kan? At least, bagi kata putus. Nak couple or nak jadi kawan. Kalau nak jadi kawan, stop acting like she's your gf, and if nak jadi awek, declare. Simple.


Bila hati perempuan dah tak tahan, kita pun tanya la dia kenapa buat macam ni. Jom lah couple, at least she will know where she's standing in his life. And bila kita tanya macam tu, lelaki tu cakap "I selesa kita macam ni, what for nak couple? Kita kan kawan je?". Oh whyy ohhh whyyyyy? What's up with guys nowadays?


Kalau mereka jadi sebegini sebab iman mereka kuat dan inginkan ikatan yang sah baru bercinta, well itu Alhamdulillah. Memang bersyukur gila kalau dapat lelaki macam tu. But kalau jenis yang suka main tarik tali ni, apa kes? Ingat perempuan punya hati ni keras macam korang semua?


Allah jadikan kaum hawa ni, penyayang. Hati kitorang semua lembut. Tolonglah jangan mainkan perasaan kitorang. Kalau betul sayang, cakap je sayang. Jangan ego tak bertempat. Jangan sebab nak nampak ego dan cool, perasaan sendiri tak terluah. And tolong jangan layan perempuan yang suka anda seperti sampah. Kalau anda tak suka dia, terus terang. Tak payah nak layan dia sweet-sweet, lepas tu terus angkat kaki.


That's rude. Seriously. Just imagine kalau apa yang korang buat sekarang ni, bapak korang buat benda yang sama kat mak korang. Sakit tak hati? Kalau korang kata tak tu, aku taktahu la nak cakap apa. Memang dasar si badak air.


Seriously guys, if ada perempuan yang sanggup bersabar dengan kerenah dayus korang tu, there's no doubt - she loves you. And she might be the one, Insyaallah. And if perempuan tu luahkan apa yang dia rasa, just listen. Sebab ingatlah, doa seorang perempuan lebih makbul dari seorang lelaki kerana sifat penyayang kitorang ni :)


Maybe korang pelik kenapa perempuan nak declare rather than do your way. To be honest, perempuan memang suka dengan kata putus. Kitorang tak suka rasa macam terapung-apung. Like kitorang taktahu kat mana kitorang berdiri kat dalam hidup seseorang tu. Bila dah bagi kata putus, kitorang akan automatiknya menjadi okay. Tak kesah la kata putus tu sesuatu yang boleh buat kitorang gembira ataupun sedih, kitorang tetap akan OKAY!


So guys, if you feel scared of having relationship with a girl, then don't give her mixed signals, and stop with all those sweet talks. Sebab takde orang suka lepas dah buat kita rasa macam dia suka kita, and suddenly, kita rasa macam ditinggalkan. Like we don't know what's going on because suddenly the person berubah, kan? I bet lelaki pun tak suka kalau perempuan buat macam ni kan?


So if korang tanak perasaan korang dimainkan, then stop mainkan perasaan perempuan. Orang semua kata karma akan berlaku. Tapi aku lebih percaya yang Allah itu Maha Adil.


And yes, perempuan memang kalah dengan kata-kata. And lelaki kalah dengan mata. And tak kisah la berapa kali pun kitorang cakap, korang tetap tak akan faham. Sebab korang lelaki, dan kitorang perempuan. 9 nafsu berbalas 1 nafsu. 1 akal berbalas 9 akal :)


Ingat, takde perempuan yang sanggup dipergunakan untuk kepentingan diri anda dan dibuang apabila anda dah puas. Hati wanita besar, dan dalam seperti lautan biru. Banyak yang kitorang simpan dan kitorang tak bagitahu. Tapi bila datang ombak yang besar, kitorang pasti akan tenggelam dan menangis juga :')


* Simple, if nak kawan aje, act like kawan. If suka, act like you do.

3 comments:

  1. wow!!! aku jenis rock and roll..
    tak ade couple tak ape
    jgn smpai tak ade calon isteri...
    huhuhu ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahahaha rock2 pon mest de taman n rame2 kt dlm tuh

      Delete
  2. Yeahhhh. Aku suka aku suka hahahahaha . Feel me baby??

    ReplyDelete