Betul, dulu aku mmg dari keluarga yg senang, kehidupan yg selesa..tapi... tuhan dah rancang yg lain unuk kami sekeluarga...sebaliknya apa yg jadi sekarang. tak ada siapa yg tahu. Dan aku kagum mama aku yg paling kuat antara kami dlm kesusahan ini..Aku sebagai ank yg sulung paling terasa ..aku paling down pada mulanya...tapi skrg aku redha dan aku percaya semua ini xakan kekal lama..cuma aku rasa sdeyh xdpt nak tunaikan apa yg adek aku minta sbg hadiah utk keputusan PMR dia...
Lepas satu, satu masalah yg datang..bila saat aku mngejar impian yang aku dah lama impikan..ada saje halangannya...ramai yg tahu, aku sangat berharap suatu ari nnt aku bakal jadi jurusolek berjaya. Terima kasih mama coz akhirnya support minat aku. Haritue aku xdapat teruskan claz sbb aku terpksa spent duet yg aku simpan utk claz itu utk sesuatu yg lebih pntg..setiap bulan ada saja yg kurang.....mmg ramai yg inginkn khidmat aku tp apakan daya.....maaf aku xbagi response utk semua yg dah hubungi aku...lepas 1/2tahun akhirnya aku dpt teruskan ape yg dah tertangguh...tp masalh lain pula yg dtg mnyebabkan claz aku msh tergantung harini....Ya Allah kau permudahkan lah segalanya...cuma ini yg aku harapkan utk bantu family & diri aku sndiri....
“Tiada kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah”
MENGHADAPI sesuatu ujian atau masalah kadangkala memeritkan, apatah lagi jika ia datang secara tidak diduga serta bertimpa-timpa. Sesaknya dada dalam menghadapi ujian dan masalah itu hanya Allah yang tahu, sementara manusia di sekeliling hanya mampu memberi kata-kata nasihat untuk terus bertahan.
Bila aku rebah, aku akan menangis dan mengadu pada Allah....kadang2 aku akan baca sesuatu yg akan buat aku jadi kuat.... aku xada teman rapat, jd mmg xada sesiapa tempat aku mngadu.. lgpon kekuatan utk tempuh sesuatu ujian tu bergantung pada diri kita bkn org lain...aku tetap bersyukur atas nikmat danujiannya...mgkin Allah mahu aku lebih mngingatinya...bila datangnya ujian aku akan selalu merintih padanya dan mngingati kebesarannya...Subhanallah......
Menurut Imam Hasan Al-Basri;
"Dunia ini hanya ada 3 hari....
Hari kelmarin yang sudah berlalu dan kita tidak mampu lagi mngubahnya. Hari ini kesempatan untuk kita melakukan amal soleh. Hari esok adalah misteri yang kita tidak tahu apakah kita akan masih memiliki kesempatan untuk berada didalamnya..."
Kata Saidina Ali;
"Rezeki yang tidak diperolehi hari ini
masih dapat diharapkan hasilnya lebih banyak pada
hari esok, tetapi waktu yang berlalu pada hari ini
tidak mungkin kembali esok."
No comments:
Post a Comment